Penyanyi Bikin Gimik Depresi, Ini Respon Pesakit Depresi Klinikal

Trending

Penyanyi Bikin Gimik Depresi, Ini Respon Pesakit Depresi Klinikal

Depresi langsung tak sama dengan stres biasa. Bila kau kata sama atau lebih kurang, kau dah degrade orang yang tengah sakit tu, kurangkan nilai dia punya penderitaan. Kau nak tau depresi tu macam mana? Ini dia aku kongsi kehidupan aku setiap hari.

Advertisement

Orang tengah depresi ni memang tak kuat, jadi memang tak ada gunanya kau kata dekat dia untuk terus bertahan. Bukan macam itu carannya. Celah mana kekuatan tu boleh datang? Bila orang keliling berusaha untuk memahami. Caranya? Empati. Cuba bayangkan hidup seharian kami (tu aku dah kongsi)

Jadi apa kau boleh buat? Sini aku kongsi apa kau TAK PATUT CAKAP PADA ORANG YANG TENGAH DALAM DEPRESI.

Aku mengalami kemurungan klinikal kerana penderitaan yang ditanggung seumur hidup. Keluarga tak bahagia, rumahtangga tak bahagia, terlalu lama mengembara. Aku didiagnosis dengan kemurungan dan kebimbangan akut  pada 2016 waktu masih duduk dekat USA. Pakat psikiatri bagi ubat (Lamictal), sampai sekarang aku ambil.

Orang selalu kata, “Weh, Hannah! Kau nampak gembira saja!”

Memang aku bila di depan orang, atau dalam gambar nampak gembira saja manjang. Memang jarang muka aku masam atau monyok dalam gambar dekat IG. Tapi aku menderita. Hari-hari, setiap saat. Aku tak perlu jika lebih kesakitan ditambah dalam kehidupan aku yang memang dah teruk ni.

Ada juga orang kata aku tak bersyukur dah ada macam-macam. Kau tau tak apa aku ada semua termasuk duit pergi sekali dengan perceraian aku? Kau tau tak mahkamah syariah tu tempat paling puaka sekali dalam hidup aku? Ini antara punca. Parutnya kekal seumur hidup. Aku harap boleh sembuh segera sebab kemurungan ni menyakitkan.

I just realized I missed point 4-6 of my daily life as a mental illness patient.

Aku rindu pakar psikiatri aku kerana dia baik tapi dia tinggal di Amerika Syarikat.

Aku tak ada nasihat spesifik untuk penderita depresi di luar sana but adalah penting untuk biarkan diri kau rasa apa yang kau nak rasa. Jangan biar orang lain beritahu sebaliknya. Walaupun ahli keluarga kau. Jika mereka tidak beri sokongan, jangan berada dekat mereka. Cari tapak untuk berpijak.

Lagi satu, aku nak terangkan kenapa mengembara terlalu lama  terlalu lama sebabkan aku depresi. Aku dulu hidup dengan pakai beg kembara. Tak ada rumah dalam masa yang lama, no place to call home. HOME is important so you cam recharge and recover. Hotel/Airbnb tak sama rasa dia. Jadi..

Bayangkan mengembara dan sentiasa dalam perjalanan selama tujuh tahun. Dengan tak ada alamat rumah, keluarga kau nak hantar kuih dan baju raya setiap kali raya pun tak boleh. Semua ini untuk tempoh yang berlanjutan, boleh merosakkan jiwa. Dahlah aku memang enam tahun tak raya dengan keluarga, tak raya di Malaysia, tak beraya!

Bila terlalu lama mengembara, kau akan rasa kepingin untuk hidup stabil semula,hanya perlukan satu tempat untuk pulang. Mengembara terlalu lama juga dah menghalang aku untuk ada keluarga. Untuk bercakap dengan realistik, walaupun bukan semasa mengembara, dah susah nak besarkan anak, apatah lagi masa tengah mengembara.

###

Sumber: Hannah On Earth

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...