Penyanyi Baharu Nik Qistina Dedah Sudah Berkahwin

Hiburan

Penyanyi Baharu Nik Qistina Dedah Sudah Berkahwin

Mendedahkan dirinya telah mendirikan rumah tangga selama dua tahun sebelum ini, penyanyi baharu Nik Qistina memilih untuk merahsiakan perkara tersebut kepada umum.

nik qistina kahwin

Advertisement

Meskipun namanya agak suram dalam indutri seni, tindakannya merahsiakan hubungan bersama suami mendapat perhatian netizen.

Bagaimanapun terkini, Qistina berkongsi berita gembira itu di laman Instagramnya.

“Saya ingin berkongsi berita besar yang telah saya simpan selama dua tahun, saya sebenarnya sudah berkahwin.”

Menerusi entri berkenaan, beliau turut mendedikasikan kata-kata manis buat suaminya Nik Syahiran.

Menurut Qistina, beliau seakan menghargai suaminya kerana mampu mengharungi kehidupan bersama, malah tidak putus asa memberi semangat kepadanya agar tidak mudah berputus asa.

“Sayang, saya tahu saya bukan yang terbaik dan saya telah lakukan pelbagai kesilapan, tetapi dengan adanya awak di sisi, saya tahu saya boleh cuba untuk jadi yang lebih baik.”

Tambah Qistina, beliau amat berterima kasih buat suaminya kerana menjadi diri sendiri dan turut mendoakan agar perhubungan mereka kekal selamanya.

“Terima kasih kerana sentiasa menjadi diri sendiri, kekal bersama saya selamanya, saya sayang awak.”

Terdahulu, nama Qistina mula dikenali selepas memasuki program Dansa Dan Sing iaitu sebuah ranangan terbitan Astro membabitkan elemen tarian nyanyia dan berkonsepkan pertandingan reality bersama sembilan lagi selebriti tempatan lain.

Namun rezeki tidak menyebelahi dirinya apabila Qistina terpaksa akur disingkirkan pada minggu ketiga pertandingan itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...