Penyanyi Aweera Muntah Keluar Benang : Bimbang Dirinya Kena Sihir

Hiburan

Penyanyi Aweera Muntah Keluar Benang : Bimbang Dirinya Kena Sihir

Sering batuk dan demam sejak tiga bulan lepas, Aweera sama sekali tidak menyangka bahawa beliau akan mengalami keadaan yang aneh apabila muntah sehingga mengeluarkan benang baru-baru ini.

Disebabkan keadaan itu, Aweera telah mendapatkan rawatan di klinik dan doktor mengesahkan tonsil beliau berada dalam keadaan baik.

Advertisement

Aweera bukanlah orang yang terlalu percayakan bomoh, namun tercetus kerisauan didalam hatinya sekiranya ada orang yang berniat tidak elok dan telah mensihir beliau.

Tiga orang doktor, tiga klinik saya pergi  semua bagi keputusan yang sama. Mereka cakap tonsil saya sihat dan tidak bengkak. Merah sedikit itu biasa, kerana saya menyanyi.

Saya makan ubat seperti biasa sehinggalah saya muntah keluar benang baru-baru ini dan itu sangat mengejutkan saya. Saya bukanlan orang yang terlalu percayakan bomoh atau ilmu hitam tetapi perkara-perkara Syirik dan Khurafat itu wujud.

Saya bimbang jika saya ‘terkena’ permainan orang-orang Syirik dan Khurafat kerana saya tidak pernah mempunyai musuh selama ini.

Selain itu menurut Aweera, dia sering mengalami masalah vokal setiap kali mempunyai undangan untuk membuat persembahan pentas. Saya pelik kerana ketika latihan vokal saya tidak mempunyai masalah tetapi apabila tiba hari persembahan, vokal saya ‘koyak’.

Saya mengaku doktor suruh berehat daripada menyanyi seketika, tetapi itulah mata pencarian saya. Kalau saya tolak tawaran yang diberikan, bagaimana saya hendak tanggung hidup saya?

Musuh ini kita tidak boleh tahu siapa, kadang-kadang orang yang nampak baik dan terlalu manis mulutnya itulah yang kita kena hati-hati ( tidak semua tetapi segelintir). Mungkin Aweera boleh mendapatkan nasihat ataupun pandangan daripada ustaz dan pengamal perubatan Islam.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...