Penyanyi Amylea Azizan mengesahkan bahawa beliau tidak lagi bergelar isteri kepada Mohammad Aqbar bin Mohamad.
Dalam kenyataan yang dikongsi di media sosial, Amylea menjelaskan bahawa pengumuman itu dibuat bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sebaliknya bagi mengelakkan timbulnya fitnah dan salah faham.
Beliau turut menyatakan rasa hormat dan penghargaan terhadap bekas ibu mentua, keluarga bekas suami serta anak-anak tiri, sambil memaklumkan bahawa hubungan mereka masih baik walaupun sudah berpisah.
Menurut Amylea, tempoh iddahnya juga telah lama berakhir, dan kini beliau berada dalam keadaan tenang serta reda dengan ketentuan takdir.
Sekadar info, Amylea Azizan telah berkahwin dengan Mohammad Aqbar Mohamad, seorang pegawai bomba Singapura, pada penghujung tahun 2023 yang lalu di rumah keluarga Amylea secara tertutup dan sederhana.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.