Written by AbangNara | April 4th, 2013

Setiap kali tiba pilihanraya umum, saat yang dinanti-nanti sudah tentu ialah ketika penamaan calon diumumkan. Terbaru, PAS telah mengumumkan penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu iaitu Aishah sebagai calon mereka di Parlimen Jempol, Negeri Sembilan.
aishah calon pru13Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin merupakan calon pertama pro pembangkang daripada golongan artis yang bakal bertanding di dalam PRU13. Pengumuman ini dibuat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam satu ceramah yang turut dihadiri penyanyi itu, di Markas Pas di Taman Melewar. Kata Aishah kepada portal berita Antara Pos:-

Berderau darah saya. Tetapi ini keputusan Pas Pusat. Walaupun ikut kata hati saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding)

aishah calon pru13Adakah kita akan menyaksikan lebih banyak golongan artis yang akan dinamakan sebagai calon di dalam PRU13 kali ini? Abang Nara ada kemungkinan perkara tersebut berlaku. Sama-sama kita nantikan. Info asal Utusan Malaysia.

P.S: Tips pilihanraya

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

399 responses to Penyanyi Aishah Bakal Bertanding PRU13 Di Parlimen Jempol

  1. blue ocean army says:

    Allah memperkenankan BN sebagai pemenang PRU 13…jelas BN berada di pihak yg benar…walaupun tak abis2 – difitnah, dibohong, diputarbelitkan dan diserang oleh pasukan haram yg ditaja Dap Yg digelar red bean army…namun kesetiaan orang Melayu kpd UMNO tak boleh digugat…ini digambarkan dgn kemenangan 88 kerusi parlimen BN adalah dpd UMNO….Syukur ke hadrat Allah BN masih terus berkuasa dn menerajui negara!…tahniah dn syabas UMNO dn BN…tahniah juga kpd PM DS Najib Dn TPM TS Muhyiddin Yasin…Allahuakbar!