Penyandar Kepala Mungkin Boleh Selamatkan Nyawa, Jangan Panik Jika Terperangkap Dalam Kereta

Trending

Penyandar Kepala Mungkin Boleh Selamatkan Nyawa, Jangan Panik Jika Terperangkap Dalam Kereta

japan

Jika anda terperangkap di dalam kereta yang berkunci, perkara pertama yang anda fikirkan mestilah jangan panik kemudian perlu memecahkan cermin kereta supaya udara dapat mengalir.

Advertisement

Seandainya kereta terjunam ke dalam air yang dalam, langkah utama anda perlu buat adalah memecahkan cermin kereta secara menyeluruh supaya anda sempat keluar dari kereta tersebut sebelum ia dipenuhi air.

Disaat-saat getir ini, penyandar kepala di tempat duduk kereta anda boleh menjadi penyelamat keadaan.

Oleh kerana penyandar kepala sentiasa berada dekat dengan anda, mudah dicabut serta saiznya yang kecil dan panjang, ia sepatutnya menjadi ‘alat’ pertama yang anda capai untuk memecahkan cermin kereta anda.

Bagaimana Nak Pecahkan Cermin Kereta Guna Penyandar Kepala?

1 – Cabut penyandar kepala dari tempat duduk anda.

headrest-your-vehicle-can-potentially-save-your-life-one-day.w654

2 – Masukkan salah satu batang besinya ke celah cermin (seeloknya di bahagian bucu).

download

3 – Apabila sudah masuk ke dalam, tarik penyandar kepala itu ke arah dalam dengan kuat dan cermin kereta akan retak seribu sebelum pecah.

Use-a-Headrest-to-Break-Your-Car-Window-in-Emergency-Situations

4 – Selepas itu, tolak retakan cermin menggunakan penyandar kepala (bahagian kusyen) supaya proses ini lebih cepat & selamat.

Sangat mudah dan cepat kan?

Tonton video di bawah untuk melihat tutorial penuh.

Semoga bermanfaat di ketika kecemasan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.