Penyampai Radio Dikecam Cuba ‘Menangkap’ Coronavirus Dengan Menjilat Pelbagai Kemudahan Awam

Trending

Penyampai Radio Dikecam Cuba ‘Menangkap’ Coronavirus Dengan Menjilat Pelbagai Kemudahan Awam

Pada masa kini, dunia sedang kecoh dengan satu wabak yang menakutkan kita semua kerana boleh menyebabkan kematian. Bagi mengurangkan penularan wabak ini banyak juga pihak berkuasa di seluruh negara telah mengeluarkan arahan kepada orang awam untuk mengurangkan aktiviti luar.

Namun lain pula yang terjadi, apabila seorang penyampai radio di Switzerland mengambil tindakan untuk menjilat sampah, mesin tiket dan pemegang di bas awam dalam usaha ‘menangkap’ Covid-19. Tindakan menjijikkan itu telah dilakukan oleh pengacara wanita bernama Lea Inderbitzin. Beliau juga telah mendapat kecaman ramai di media sosial.

Advertisement

Walaupun telah mencabar orang ramai, pengacara 3Fach itu bertindak untuk mengeluarkan kenyataan tanpa rasa bersalah bahawa dia sebenarnya hanya mahu ‘menangkap’ virus yang telah membunuh lebih daripada 4,000 nyawa di seluruh dunia itu katanya.

“Bagaimana untuk mendapatkan Corona – Tutorial dari Lea”

Berdasarkan video pendek yang dikongsikan di laman Instagram milik Radio 3Fach. Lea Inderbitzin sedang berada di tempat awam dan dilihat menjilat mesin tiket. Video pelik, yang bertajuk “cara untuk mendapatkan corona – tutorial oleh Lea”, telah mendapat kecaman yang meluas di media sosial yang menyebut tindakannya itu kurang bijak dan tidak bertanggungjawab.

Dia juga menjilat kawasan awam yang lain termasuk pelbagai butang dan pemegang yang terdapat di dalam bas awam, lantai dan juga tong sampah.

Beberapa orang telah mendoakan bahawa Lea akan berjaya dengan misinya untuk ‘menangkap’ virus tersebut, sementara yang lain telah membuat laporan untuk menyekat stesen radio itu. Namun, Lea Inderbitzin dipertahankan oleh pengawal program David Largier yang memberitahu Daily Star bahawa video itu adalah untuk memberitahu orang ramai untuk lebih bertenang tentang wabak virus.

Beliau juga mengatakan di dalam caption dalam video tersebut supaya jangan meniru aksi ini. Pengacara radio itu kemudian mendakwa bahawa video itu adalah palsu dan dia sebenarnya telah membersihkan semua tempat sebelum mengambil tindakan menjilatnya.

Situasi semasa di Malaysia, 10 Mac 2020. Terdapat 12 kes baru menjadikan 129 kes keseluruhan setakat ini. Malaysia telah bersedia jika jangkitan menjadi lebih serius.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...