Penyaman Udara Ini Boleh Kesan Kalau Anda Mengantuk Di Pejabat

Trending

Penyaman Udara Ini Boleh Kesan Kalau Anda Mengantuk Di Pejabat

Semua orang pasti selalu rasa mengantuk di pejabat kan? Walaupun kita cuba macam-macam cara untuk kekal segar dan hilangkan ngantuk tetapi masih juga gagal.

Sumber: Channel News Asia

Tetapi masalah ini bakal selesai kerana sebuah syarikat penyaman udara gergasi di Jepun, Daikin dan Syarikat Elektronik NEC, telah mencipta teknologi baru dimana satu sistem yang boleh mengesan para pekerja yang mengantuk.

Advertisement

Sistem baru tersebut boleh mengesan jika anda sudah mula rasa mengantuk, penyaman udara tersebut akan mengeluarkan udara yang sejuk untuk anda.

Mereka telah mula menguji sistem yang memantau pergerakan kelopak mata pekerja dengan kamera yang dipasang pada komputer.

Sumber: Quora

Komputer secara automatik boleh menurunkan suhu bilik jika ia mengesan rasa megantuk atau dozing di meja.

“Kami berharap dapat memperkenalkan sistem ini secara komersil pada tahun 2020 dan Percubaan telah bermula pada bulan ini.”

Sistem ini menggunakan teknologi Daikin untuk menyesuaikan suhu secara automatik dan teknologi pengenalan muka NEC untuk memantau jenis kelopak mata yang berbeza yang menunjukkan rasa mengantuk.

Kajian telah dilakukan dan telah terbukti menurunkan suhu adalah satu cara terbaik terutamanya ketika tanda-tanda awal mengantuk dikesan.

Sistem dan teknologi yang menarik! Mungkin boleh dikormersialkan dan dijual di Malaysia. Boleh lah anda naikkan produktiviti kerja kan?

Sumber: Channel News Asia

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...