Siapa sangka niat nak tenangkan fikiran sambil bercuti dengan keluarga boleh bertukar jadi pengalaman tak selesa? Itulah yang dialami oleh pelakon dan usahawan cantik, Hanis Zalikha, baru-baru ini ketika menikmati percutian di destinasi eksklusif, Soneva.
Menerusi perkongsiannya di Insta Stories, Hanis mendedahkan bahawa dia mengalami sun allergy — sejenis alahan terhadap sinaran matahari. Dia turut berkongsi foto yang menunjukkan keadaan tangannya yang kemerah-merahan dan bengkak, dipercayai akibat reaksi fotosensitif.
“Teka siapa yang mengalami alergi terhadap sinaran matahari. Tetapi saya sangat sukakan pengembaraan, saya sukakan aktiviti luar,” tulisnya sambil kekal positif walaupun jelas reaksi alergi itu mengganggu mood bercuti.
Menurut Hanis, simptom seperti kegatalan dan bengkak hanya akan reda selepas dia mengambil ubat antihistamin dan berehat di dalam rumah. Jadi sepanjang cuti, dia terpaksa lebih berhati-hati dan hadkan masa di luar bagi mengelakkan keadaan jadi lebih teruk.
Bagi yang tak tahu, sun allergy atau photosensitivity reaction adalah keadaan apabila kulit jadi terlalu sensitif terhadap cahaya matahari.
Selalunya, ia boleh menyebabkan ruam, kegatalan, kemerahan atau bengkak pada bahagian yang terdedah kepada sinar UV. Keadaan ini boleh berlaku tiba-tiba, walaupun kepada individu yang sebelum ini tiada masalah kulit.
Walaupun alami situasi yang kurang menyenangkan, Hanis tetap kelihatan tenang dan sempat berseloroh dalam perkongsiannya.
Malah, ramai peminat mendoakan agar dia cepat sembuh dan tetap menikmati masa berkualiti bersama keluarga tersayang. Ramai juga yang pertama kali dengar alergi dengan cahaya matahari tu!
So, buat anda yang merancang bercuti ke lokasi panas atau banyak aktiviti luar, jangan lupa ambil langkah berjaga-jaga. Kadang-kadang, kulit kita pun perlukan perlindungan lebih — bukan sekadar sunscreen, tapi juga kesedaran tentang apa yang sesuai atau tak dengan tubuh kita.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.