Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut:Ibu Bapa Wajib Tahu

Trending

Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut:Ibu Bapa Wajib Tahu

Heboh di akhbar dan sosial media tentang penyakit kaki, tangan dan mulut yang menyerang beberapa sekolah di utara Malaysia. Sehingga ada kelas di beberapa buah sekolah yang terpaksa ditutup.

Sumber:nationnews

Apa itu penyakit kaki, tangan dan mulut?

Advertisement

Penyakit tangan, kaki dan mulut atau lebih dikenali sebagai Hand, Foot And Mouth Disease HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Coxsackie A16 dan Enterovirus 71 (EV71). Kumpulan yang berisiko ialah kanak-kanak di bawah umur 10 tahun tapi orang dewasa juga ada kemungkinan untuk dijangkiti.

Bagaimana virus tersebar?

Sumber:theasianparent

Virus ini boleh disebarkan melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis penghidapnya serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus.

Gejala teruk dan komplikasi sering berlaku dikalangan mereka yang berumur 4 tahun dan biasanya mereka akan dihantar ke “playschool” atau usat jagaan kanak-kanak.

Sejarah HFMD di Malaysia

Sumber:phyathai sriracha

Mula dikenalpasti di Sarawak pada tahun 1997 yang melibatkan 31 kematian. Tiada tren tertentu untuk penyakit ini tetapi boleh menjadi satu virus yang berkala untuk menyerang kanak-kanak.

Kementerian Kesihatan Malaysia merangka undang-undang di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan mengambil tindakan menutup mana-mana taska, tadika, tabika atau pra-sekolah yang mempunyai kes HFMD.

Apa tanda-tanda jika anak dijangkiti HFMD?

Ada beberapa simptom yang perlu dimbil kira oleh ibu bapa, antaranya ialah demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. Anak anda mungkin akan menunjukkan satu atau lebih tanda-tanda tersebut.

Sumber:asiaone

Anak yang dijangkiti tidak akan menyusu atau makan kerana kudis atau ruam di dalam mulut mereka.

HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung tetapi situasi ini jarang berlaku.

Penyakit ini boleh sembuh dalam masa 7-14 hari tetapi seeloknya bawa anak anda ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Cara Pencegahan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan beberapa langkang pencegahan yang boleh anda ikuti.

  1. Elakkan tempat awam

Sumber:KITS

Tidak membawa anak anda yang sakit ke tempat awam/sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.

2. Dapatkan rawatan

Sumber:kokannow

Bawa anak yang mempunyai tanda jangkitan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

3. Cuci tangan dengan betul

Sumber: slideshare

Mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin, dan selepas menyentuh / merawat lepoh dan semasa mencuci najis kanak-kanak tersebut.

4. Bersihkan alat permainan dan rumah

Membersihkan (basmikuman menggunakan larutan chlorine based) permainan anak serta lantai rumah terutama tandas.

5. Buang lampin dengan betul

Sumber:jp it

Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.

6. Jangan kongsi barang

Sumber: Women’s Therapy Institute

Menggunakan peralatan makan dan minum yang berasingan dan tidak berkongsi barangan dengan anak-anak yang lain.

7. Peranan sekolah/Taska

Sumber: Sinar Harian

Sekolah, taska dan pusat asuhan juga perlu mengamalkan langkah-langkah tersebut. Selain itu, saringan di pintu-pintu masuk (gate-keeping) perlu dilakukan bagi memastikan tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum kanak-kanak dibenarkan memasuki premis.

Jadi, langkah-langkah pencegahan ini sangat penting. Ibu Bapa dan pihak sekolah perlu  bekerjasama dan memastikan anak-anak selamat dari virus HFMD.

Jangan ambil ringan, penyakit ini menular dengan sangat cepat! Tindakan awal dapt membantu anak anda.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...