Penutupan Masjid, Surau Bergantung Nasihat MKN, KKM – Menteri Agama

COVID-19

Penutupan Masjid, Surau Bergantung Nasihat MKN, KKM – Menteri Agama

Penutupan masjid dan surau dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) bergantung pada nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyatakan perkara itu pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Guru Takmir Masjid dan Surau Peringkat Zon Utara Tahun 2020, di sini hari ini..

Advertisement

Dr Zulkifli berkata prosedur operasi standard (SOP) berkaitan solat jemaah amat tegas dan jelas bahawa sekiranya berlaku wabak dan atas nasihat MKN dan KKM, penutupan surau dan masjid akan dibuat berdasarkan pada masalah semasa dan setempat.

“Ini dilakukan untuk menghalang dan menyekat daripada tersebarnya wabak tersebut berdasarkan SOP yang telah kita tetapkan.”

Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba mengesahkan hanya tiga negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, merekodkan individu positif COVID-19 daripada Kluster Sivagangga.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata guru takmir perlu memainkan peranan dalam memberi kefahaman berhubung hal ehwal agama Islam kepada masyarakat dengan mengimarahkan masjid dan surau.

“Guru takmir antara komponen utama. Saya tak nak masjid kosong, kaku dan tiada pengisian. Justeru, saya menyeru penduduk kampung, desa dan taman mahupun bandar, bila datangnya guru takmir (beri ceramah) hadir lah untuk mendapatkan ilmu.”

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...