Penutup Muka Dari Bahan-bahan Dalam Rumah Sekat Sehingga 73% Partikel Bakteriofaj

Trending

Penutup Muka Dari Bahan-bahan Dalam Rumah Sekat Sehingga 73% Partikel Bakteriofaj

Pada saat ini, kita semua memerlukan penutup muka untuk melindungi diri kita dari ancaman COVID-19. Namun begitu, disebabkan permintaan yang begitu tinggi terhadap penutup muka surgikal di seluruh dunia dalam menangani wabak maut ini, harga penutup muka melambung tinggi sehinggakan ia dijual sehelai pada harga RM 6 di farmasi.

Namun tahukah anda bahawa penutup muka yang dihasilkan dari bahan-bahan yang boleh didapati di rumah mampu mengekang partikel bakteriofaj dari tembus ke kulit wajah?

Advertisement

Dalam satu kajian yang dibuat oleh para saintis di Cambridge pada tahun 2013, penutup muka buatan sendiri yang dihasilkan dari tuala lap pinggan mampu menghalang sehingga 73% bakteriofaj yang saiznya lima kali ganda lebih kecil dari coronavirus.

Ini bermakna, penutup muka surgikal bukanlah satu-satunya pilihan yang ada buat orang ramai. Memandangkan kebanyakan kedai dan pasaraya tidak membenarkan anda membeli-belah barangan dapur tanpa mengenakan penutup muka, menggunakan penutup muka dari kain atau buatan sendiri juga mampu melindungi anda dari jangkitan.

Sekiranya terdapat virus atau bakteria yang hinggap ke material penutup muka, ia boleh dibasuh menggunakan air dan sabun sebelum dikeringkan dan digunakan semula.

Ini jauh lebih baik dari langsung tidak mengenakan penutup muka atau sekiranya anda tidak mampu membeli penutup muka surgikal yang kini dijual begitu mahal.

Tambahan pula, adalah lebih baik stok penutup muka surgikal digunakan oleh mereka yang melawan COVID-19 di barisan hadapan.

Kajian tersebut boleh diakses di sini. – amazingnara.com via C Michael Gibson dan Washington Post

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...