Penuntut UPNM Meninggal Dunia Akibat Didera, Netizen Bengang Dan Mahu Pembuli Dihukum!

Trending

Penuntut UPNM Meninggal Dunia Akibat Didera, Netizen Bengang Dan Mahu Pembuli Dihukum!

Susulan kes seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang meninggal dunia akibat didera dengan seterika wap, pengguna laman sosial mahu pembuli dikenakan hukuman setimpal.

Advertisement

Mangsa, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, pegawai kadet laut tahun tiga dipercayai memiliki kesan melecur akibat ditekap dengan seterika wap di bahagian dada, tangan dan kakinya.

Kejadian tersebut turut mengundang kemarahan netizen yang rata-ratanya berang dengan tindakan pembuli yang tidak berhati perut.

36 individu ditahan direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan kes kematian Zulfarhan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, 32 daripada mereka adalah penuntut UPNM manakala empat lagi dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Kesemua yang ditahan berusia 20 hingga 21 tahun.

Laporan polis juga telah diterima dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, katanya.

“Semua yang ditangkap direman sehingga 8 Jun ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam Twitternya turut menyatakan rasa sedih dengan berita kematian mangsa.

“Innalillah… sedih dan pilu pagi ini dengar berita kematian Pegawai Kadet Laut @upnm, Zulfarhan Osman bin Zulkarnain. Al Fatihah.

“Saya telah arahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan UPNM untuk jalankan siasatan dengan kadar segera. Tiada siapa akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati bersalah,” katanya.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...