Penuntut Kolej Komuniti Ditemui Mati Terjatuh Dari Tingkat 12

Trending

Penuntut Kolej Komuniti Ditemui Mati Terjatuh Dari Tingkat 12

Perasaan hiba mengiringi ahli keluarga apabila mendapat tahu saudaranya yang juga merupakan penuntut kolej komuniti ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat 12 kediaman saudaranya di Flat Desa Rahmat.

Kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi dan wanita berusia 21 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, hasil siasatan mendapati mangsa sepatutnya hadir kelas pada jam 8 pagi selepas melakukan isolasi pengasingan sementara Covid-19 selama seminggu di Politeknik Balik Pulau.

Katanya, siasatan lanjut saksi mendakwa melihat mangsa berbual di telefon di balkoni rumah sebelum tiba-tiba dikejutkan dengan kejadian terjun dari kediaman tersebut.

“Hasil soal siasat mendapati mangsa yang menetap di Nibong Tebal itu dihantar ke rumah ibu saudaranya susulan kediaman tersebut berhampiran kolej mangsa”

Pelajar kolej ditemui mati

“Ibu saudaranya juga mendakwa tiada sebarang kelakuan pelik ditunjukkannya sebelum ditemui mati dengan cara bertindak terjun dari tingkat 12 kediaman sewa itu”. katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Menurut Soffian, hasil pemeriksaan polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dalam kejadian tersebut.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” ujar Soffian.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...