Tindakan berani sepasang kekasih memilih tepi jalan sebagai lokasi untuk bermesra membawa padah apabila mereka dikejutkan dengan kehadiran polis.
Lebih memalukan, gadis tersebut masih calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) manakala teman lelakinya pula merupakan penuntut IPT yang berusia 20-an.
Menurut Harian Metro, kejadian ini berlaku di Jeli Kelantan kira-kira jam 3 petang. Suspek dikatakan cuba melarikan diri sebaik menyedari rondaan polis mendekati mereka.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun, mengesahkan pasangan itu berada di dalam kereta di tepi jalan sebelum kejadian berlaku.
Mereka kemudiannya berhenti di tepi jalan untuk melakukan hubungan seks dalam kereta dengan rela hati. Bagaimanapun, pasangan kekasih itu terkejut dengan kehadiran polis yang ketika itu sedang melakukan rondaan.
Suspek sebelum ini direman empat hari mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam serta memandu secara berbahaya ketika melarikan diri.
Selepas reman tamat, suspek ditahan semula untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Mangsa pula telah dibebaskan dengan jaminan polis.

