Penunggang Grab Food Kini Dihadiahkan Telefon Baru Selepas Dicuri Ketika Menghantar Pesanan Makanan Kepada Pelanggan

Trending

Penunggang Grab Food Kini Dihadiahkan Telefon Baru Selepas Dicuri Ketika Menghantar Pesanan Makanan Kepada Pelanggan

Seakan kecoh di media sosial baru-baru ini apabila seorang rider GrabFood kehilangan telefon bimbit selepas dicuri individu tidak bertanggungjawab ketika menghantar pesanan kepada pelanggan.

Namun, kisah tersebut khabarnya semakin tular selepas tindakannya mengutamakan pelanggan bagi melunaskan pesanan daripada pihak tersebut dipuji ramai biarpun diuji dengan insiden yang memilukan.

Advertisement

Bagaimanapun, memetik laporan SAYS, kisah tular yang penuh inspirasi itu juga turut mendapat perhatian Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Mas Ermieyati Samsudin.

Disoal mengapa dirinya memilih untuk mengutamakan pelanggan daripada berusaha untuk mendapatkan kembali telefonnya, Hilmi menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan menyelesaikan tanggungjawabnya sebegai penghantar makanan.

Ujar Hilmi lagi, sebelum memutuskan untuk bekerja sebagai rider di Grab, beliau sebelum ini pernah bekerja di industri pelancongan sebelum kariernya musnah berikutan pandemik wabak COVID-19.

Susulan kejadian, Hilmi kini seakan mampu menghembus nafas lega selepas beberapa pihak tampil memberi penghargaan terhadap sikap mulianya.

Katanya seorang individu yang dikenali sebagai Gordon Yee telah menghadiahkannya sebuah telefon pintar model Oppo F11.

 

Malah beliau juga menerima sumbangan wang yang jumlahnya dirahsiakan daripada Mas Ermieyati.

Tidak ketinggalan, restoran pencuci mulut Sik Thong Ba, yang merupakan premis makanan yang disinggah Hilmi sebelum insiden kecurian berlaku turut memberi set makanan percuma kepadanya.

Sehubungan itu, syarikat naungnnya GrabFood juga akan memberikan baucar dan mungkin sebuah telefon baharu buatnya.

Sumber: SAYS

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...