Setelah dikecam menunggang basikal ala Tour de France atau Le Tour De Langkawi, kini penunggang basikal “road-bike” menggesa agar pihak pengurusan lebuhraya seperti Guthrie, Kesas dan Lebuhraya Persekutuan untuk menutup laluan motosikal pada hujung minggu supaya penunggang basikal dapat menggunakan laluan tersebut.
BACA : “Pakai Otak dan Peka Pada Persekitaran”- Netizen Bengang Dengan Puak Basikal Tak Bertamadun
Ini demi keselamatan penunggang basikal – Faz Adhili (Pengasas Komuniti Plan A Bukit Jelutong)
Menurut beliau, aliran trafik di laluan motosikal di sekitar Lembah Klang lebih rendah pada hujung minggu.
Umum diketahui bahawa segala laluan basikal di Shah Alam dan Kuala Lumpur dipenuhi dengan kenderaan double-park.
Walaupun ada betulnya apa yang dibentangkan oleh Faz Adhili, persoalannya, penunggang motosikal perlu kongsi jalan dengan pemandu kereta ke? Nanti lagi satu hal pula.