Penunggang Basikal Bakal Didenda RM2000 Jika Tidak Menggunakan Brek atau Lampu

Trending

Penunggang Basikal Bakal Didenda RM2000 Jika Tidak Menggunakan Brek atau Lampu

(cover photo via Harian Metro)

Pelbagai rintihan yang diluahkan oleh pengguna jalan raya terutamanya yang melibatkan penunggang basikal roadbike.

Advertisement

BACA : “Pakai Otak dan Peka Pada Persekitaran”- Netizen Bengang Dengan Puak Basikal Tak Bertamadun

Tidak dapat dinafikan juga, bahawa sukan berbasikal ini telah menjadi semakin popular diantar rakyat Malaysia, tidak kira jantina, tua atau muda. 

Namun, menurut statistik yang dikeluarkan pada tahun ini, terdapat 137 kes kemalangan termasuk 56 kematian, 18 kecederaan parah dan 63 cedera ringan yang dilaporkan melibatkan penunggang basikal.

Ciri-ciri keselamatan perlu diutamakan apabila menunggang di jalan awam.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan dan Pengutkuasaan Trafik (JSPT), mereka yang ingin menjalankan aktiviti berbasikal harus memilih lokasi yang kurang sibuk dan melakukan aktiviti tersebut bukan di waktu puncak

Tambah JSPT lagi, mereka juga perlu menggunakan roof rack carrier untuk membawa basikal ke lokasi aktiviti tersebut.

kredit – Thule

Untuk makluman anda, berikut adalah beberapa kesalahan yang boleh diambil tindakan

Seksyen 54(1) APJ 1987

Menunggang secara melulu dan membahayakan boleh didenda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000 dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 12 bulan

Seksyen 79(2) APJ 1987

Mana-mana orang yang gagal mematuhi papan tanda lalu lintas yang melarang berbasikal di lebuh raya adalah melakuka suatu kesalahan dan boleh didenda  tidak kurang daripada RM300 dan tidak lebih daripada RM2,000

Seksyen 112(3) APJ 1987

Mana-mana basikal boleh ditahan jika didapati suatu keslaahan telah dilakukan berkenaan dengannya.

Kaedah 35 Kaedah – Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959

Mana-mana basikal yang didapati tidak memasang lampu depan dan belakang boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam (6) bulan.

Kaedah 42 Kaedah – Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959

Basikal perlu mempunya ciri-ciri keselamatan seperti brek dan loceng. Penunggang hendaklah mengayuh dalam satu deretan. Mana-mana orang yang melakukan kesalah seperti di atas boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam (6) bulan

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...