Penumpang Teruja Bila ‘Service’ Uber Yang Ditempah, Dipandu Bekas Menteri Guna Kereta Perdana Baru

Trending

Penumpang Teruja Bila ‘Service’ Uber Yang Ditempah, Dipandu Bekas Menteri Guna Kereta Perdana Baru

Seorang lelaki bernama Firdaus Fadzil berkongsikan rasa terujanya di laman Facebook apabila kereta Uber yang dipesannya telah tiba dengan sesuatu yang agak mengejutkan.

Advertisement

Mana tidaknya kereta berkenaan merupakan kereta Perdana baru dan lebih mengujakan ianya dipandu oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abd Wahid Omar.

“Uber my way to office by probably one of the most successful corporate and economic maestros with his new Proton Perdana. 5 Star rating for YB Senator Dato Seri!” tulisnya di laman Facebook.

Menurut Firdaus dia rasa amat bertuah setelah melihat kereta itu ditambah dengan pemandunya pula.

“Aku tak peraasn dia sebenarnya, So, on the phone to provide my exact location, I addressed him as “ABANG”. LoL!”

“When arriving at the lobby, he pulled down the window and called my name. I didn’t looked at the plate number and I thought ‘Wow! Dia ingat nama aku?,” tulisnya yang nyata teruja.

Menurut Firdaus lagi, dia hanya dikenakan cas sebanyak RM30 untuk perkhidmatan berkenaan.

Memetik laporan NST, Tan Sri Abd Wahid telah mendaftar sebagai pemandu Uber di mana katanya dia cuba turun untuk merasai ‘denyut nadi orang ramai’.

“Setakat ini saya telah berjaya membawa lapan orang penumpang ke destinasi masing-masing,” katanya.

Beliau terpaksa menggunakan kereta baru kerana pihak uber meletakkan syarat kereta berusia lebih dari lapan tahun tidak dibenarkan beroperasi sebagai uber sedangkan kereta peribadinya kini berusia 10 tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...