Penumpang Solat Jemaah Dalam Komuter Didakwa Sengaja Menunjuk Alim, Ini Kisah Sebenar

Trending

Penumpang Solat Jemaah Dalam Komuter Didakwa Sengaja Menunjuk Alim, Ini Kisah Sebenar

Seorang pengguna Twitter telah memuat naik dua keping gambar menunjukkan penumpang-penumpang komuter solat berjemaah di dalam koc komuter di waktu Subuh.


Advertisement

Ia bagaimanapun menimbulkan reaksi kurang senang Netizen yang menganggap bersolat di koc tersebut menghadang jalan dan menyusahkan penumpang lain sedangkan penumpang-penumpang tersebut boleh solat duduk atau solat dalam kenderaan.

“Mengganggu orang lain.”

“Islam ajar hormat orang ramai.”

“Urus masa dan solat di surau-surau stesen.”

“Tren bukan masjid anda.”

Bagaimanapun, seorang Netizen telah mendedahkan situasi sebenar mengenai solat di dalam tren tersebut dengan panjang lebar.

“Solat dalam tren Komuter Utara.”

Seorang pengguna Twitter meminta Netizen di Kuala Lumpur agar tidak komen ikut sedap mulut.

“Jangan masuk campur hidup orang.”

Namun begitu, seorang lagi pengguna Twitter berkata, fitnah timbul apabila gambar disebarkan tanpa konteks.

“Lain kali cerita bagi habis.”

Nampaknya sememangnya tiada jalan lain bagi penumpang komuter tersebut menunaikan solat Subuh melainkan dengan solat dalam tren. Yang pasti, apa pun keselamatan penumpang hendaklah sentiasa dipastikan dan jemaah tidak menggangu penumpang lain yang ingin keluar dari tren. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...