Penumpang Obes AS Paksa Pramugari Taiwan Lap Punggungnya Dalam Pesawat

Trending

Penumpang Obes AS Paksa Pramugari Taiwan Lap Punggungnya Dalam Pesawat

Seorang wanita yang merupakan krew penerbangan Taiwan mendakwa mengalami trauma fizikal dan mental setelah menurut permintaan seorang penumpang asing yang obes.


Dalam status media sosial dan kemudiannya satu sidang akhbar, krew penerbangan itu menceritakan mengenai pengalaman menakutkan itu yang berlaku dalam penerbangan dari Los Angeles ke Taipei yang dioperasikan oleh syarikat penerbangan Taiwan EVA Air Sabtu lepas.

Penumpang lelaki kulit putih itu dikatakan mempunyai berat badan sekitar 200kg menaiki penerbangan menggunakan kerusi roda dan meminta untuk ditempatkan di barisan yang mempunyai tiga tempat duduk kosong.

Advertisement

Dia kemudiannya membuat satu permintaan luar biasa yang lain, iaitu meminta dibantu di dalam tandas, dan mendakwa baru menjalani satu pembedahan dan tidak dapat menggunakan sendiri tangannya.

Badan penumpang itu tidak muat dalam tandas kelas ekonomi, dan dia kemudiannya dibawa menggunakan tandas kelas perniagaan, di mana dia kemudiannya menekan butang pertolongan kecemasan, meminta pramugari menurunkan seluar dalamnya.

Kesemua krew kabin dalam penerbangan itu ialah wanita, dan mereka pada mulanya keberatan melakukannya. Namun lelaki itu merayu dan mengugut akan buang air besar di atas lantai jika tidak dibantu.

Pramugari itu kemudiannya menutup alat sulit lelaki itu dengan selimut tetapi penumpang berkenaan membuangnya. Pramugari tersebut kemudiannya memakai sarung tangan pembedahan dan menurunkan seluar dalam lelaki tersebut.

Lelaki itu juga meminta agar pintu tandas dibuka, mendakwa dia tidak dapat bernafas. Permintaannya ditolak.

Bagaimanapun, lelaki itu selepas itu membuat permintaan paling tidak masuk akal, iaitu meminta pramugari masuk ke tandas dan mengelap punggungnya.

Sekali lagi, pramugari itu menolak tetapi lelaki itu mengugut akan duduk di dalam tandas itu sepanjang penerbangan, dan itu akan menyusahkan pelanggan kelas perniagaan.

Merasakan dia tiada pilihan, pramugari itu memakai tiga lapis sarung tangan pembedahan dan mula mengelap punggung penumpang itu. Apabila dia berbuat begitu, lelaki itu dikatakan mengerang kesedapan dan berkata, “dalam lagi, dalam lagi!”

Penumpang itu kemudiannya mengadu yang pramugari tersebut tidak menjalankan tugas dengan baik dan memaksa pramugari itu mengelap punggungnya tiga kali lagi sebelum berpuas hati.

Selepas itu, pramugari tersebut menulis di Instagram yang dia mengunci dirinya dalam tandas tersebut, menangis dan muntah, dan gagal menghilangkan bau busuk najis penumpang tersebut.

Dalam muat naik itu, dia meminta EVA Air agar memberi lebih perlindungan kepada pekerja, mengupah lebih ramai pramugara dan mengelak dari mengambil penumpang kurang upaya yang mengalami masalah serupa di masa hadapan.

Dalam satu sidang media lain yang diadakan oleh Kesatuan Pembantu Penerbangan Taoyuan, untuk sebab yang sama, mengatakan yang pembantu penerbangan bekerja dalam budaya yang tidak adil di mana mereka diminta untuk membuat semua permintaan pelanggan walaupun tidak masuk akal dan memalukan.

Dalam kenyataan balas, EVA Air memberitahu yang pembantu penerbangan syarikatnya tidak perlu menurutkan semua permintaan pelanggan walaupun keperluan istimewa.

Syarikat itu menambah, akan memberi bantuan sekiranya pramugari itu ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap penumpang tersebut. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...