[VIDEO] Penumpang Kapal Rusia Terhempas Lebih ‘Sayangkan Bagasi Dari Nyawa’

Trending

[VIDEO] Penumpang Kapal Rusia Terhempas Lebih ‘Sayangkan Bagasi Dari Nyawa’

Sebuah pesawat membuat pendaratan cemas semasa badan pesawat terbakar pada kejadian yang berlaku di Moscow semalam.

Beberapa video kejadian dikongsi di media sosial memaparkan bagaimana pesawat itu mendarat ketika ekornya terbakar dan beberapa video lagi memaparkan penumpang-penumpang di dalam pesawat itu turun menggunakan gelongsor untuk menyelamatkan diri.

Advertisement

Dalam rakaman yang dipaparkan, penumpang-penumpang yang terselamat daripada pesawat jenis Sukhoi Superjet- 100 kelihatan menyelamatkan bagasi mereka semasa pesawat sedang terbakar dan ia telah  menimbulkan kemarahan buat semua pakar penerbangan.

Dipetik dari 7 NEWS, angka kematian semakin meningkat kepada 41 orang, kurang daripada separuh penumpang yang berada di dalam pesawat berjaya dikeluarkan dan diselamatkan.

Timbul beberapa persoalan yang kini ditanya tentang berapa banyak nyawa yang dapat diselamatkan jika para penumpang yang terselamat mengikut arahan yang diberikan oleh anak kapal pada kejadian.

Kebimbangan juga telah dipaparkan dalam satu rakaman video yang dimuat naik secara langsung ke Facebook oleh seorang penumpang ketika pesawat sedang dipindahkan dan api sedang menjilat ekor pesawat tersebut.

Menurut seorang penulis Taraf Penerbangan, Geoffrey Thomas, walaupun ia masih terlalu awal untuk mengetahui punca sebenar. Tetapi jumlah kematian akan lebih rendah jika kapal terbang dialihkan dengan cepat.

Apa yang diutamakan semasa kebakaran berlaku adalah bagasi mereka bukannya nyawa untuk diselamatkan. Ketika kejadian, segelintir penumpang sempat merakam video menggunakan telefon mereka.

Disebabkan perangai mereka yang lebih mementingkan bagasi ia telah melambatkan pergerakan penumpang lain di dalam dan menyebabkan lebih ramai orang kehilangan nyawa mereka. Sepatutnya mereka hanya perlu turun dari kapal dengan cepat tanpa membawa apa-apa barang.

Penumpang yang mendarat secara ketika kecemasan bersama bagasi dalam penerbangan Cathay Pacific Boeing 747 dari Shanghai, China pada 2011. Gambar: Getty Images

Ini adalah satu tragedi sebenar yang telah berlaku dan menjadi masalah kepada industri untuk beberapa waktu dengan sikap penumpang yang tidak mematuhi arahan anak kapal dengan cepat pada kejadian.

Sebuah video pada tahun 2016 telah dirakamkan bagaimana situasi dalam pesawat EK521 ketika penumpang cuba mengambil bagasi dari tempat penyimpan barang bahagian atas setelah kapal penuh dengan asap.

Dalam video ini, kedengaran suara anak kapal menjerit kepada penumpang untuk meninggalkan bag mereka.

Lompat dan menggelongsorlah tanpa membawa beg anda.

Thomas memberitahu, piawaiaan industri untuk mengalihkan pesawat saiz komersial dengan separuh pintu kecemasan dalam operasi mengambil masa 90 saat.

Dua daripada empat pintu kecemasan telah digunakan selepas pesawat Sukhoi Superjet 100 mendarat di Lapangan Terbang Sheremetyevo di Moscow pada hari Ahad.

Tetapi pemindahan mereka mengambil masa kira-kira enam minit sebelum kapal terbang terhempas.

Sebuah jawatankuasa penyiasat penerbangan Rusia telah mengesahkan 78 orang berada di atas kapal, termasuk anggota kru, dan 37 orang yang selamat.

Penumpang yang selamat mendarat membawa bagasi menaiki penerbangan Cathay Pacific Boeing 747 selepas mendarat kecemasan dari Shanghai, China pada 2011. Image: Getty Images

Jurucakap Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Awam, Peter Gibson, mengatakan ramai orang tidak mengikut arahan anak kapal dalam kes kecemasan .

Tetapi kadang-kadang, kemalangan berlaku dan dalam keadaan itu penumpang harus mengikuti arahan yang diberikan oleh anak kapal.

Masa adalah kritikal dan (prosedur pemindahan) telah dibangunkan selama beberapa dekad, berdasarkan penyelidikan dari kemalangan sebelumnya.

Mengambil video, mengambil beg, apa-apa yang menangguhkan pengungsian adalah meletakkan nyawa anda dan orang lain berisiko tinggi.

Gibson memberitahu terdapat beberapa faktor bahaya apabila penumpang mengabaikan arahan anak kapal dan mengambil beg milik mereka dalam situasi kecemasan seperti itu.


<=

Ini bukan sahaja melambatkan pergerakan penumpang sebenarnya, tetapi gelongsor kecemasan juga tidak akan dapat digunakan oleh penumpang yang berada di belakang.

Bagasi yang anda bawa semasa berlaku kecemasan akan mencederakan diri anda dan juga penumpang lain. Bag bebas cukai yang mengandungi alkohol juga mudah terbakar sekiranya botol kaca pecah.

Thomas berkata, dalam industri penerbangan yang telah dikaji, penumpang lebih menghargai bagasi mereka berbanding keselamatan diri mereka sendiri. Apa komen anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...