Penumpang ETS Dari Stesen Butterworth Diminta Buat Saringan, Pesakit Kes 11 Didakwa Menaiki Tren Yang Sama

COVID-19

Penumpang ETS Dari Stesen Butterworth Diminta Buat Saringan, Pesakit Kes 11 Didakwa Menaiki Tren Yang Sama

Malaysia telah mencatatkan 17 kematian akibat COVID-19 setakat yang dilaporkan kini. Mereka yang menjadi kontak rapat kepada mereka yang dijangkiti diminta untuk menjalankan ujian saringan bagi mengelakkan penularan yang lebih besar. Baru-baru ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) mencari individu yang pernah menaiki tren mereka pada 7 Mac yang lalu.

Ini kerana, kematian bagi kes ke-11 dikatakan telah menaiki tren ETS dari Butterworth ke KL Sentral pada tarikh tersebut. Mangsa dilaporkan meninggal dunia di Hospital Canselor, Tuanku Muhriz Kuala Lumpur, kelmarin. Penumpang di dalam tren yang sama diminta melakukan ujian sekiranya mengalami gejala penyakit.

Advertisement

Perhatian kepada penumpang ETS 9173 yang membuat perjalanan pada 7 Mac 2020.

Mangsa kematian kes ke-11 ini merupakan warganegara Malaysia yang berumur 70 tahun telah menaiki tren tersebut di Stesen Butterworth pada 7 Mac yang lalu. Sebagai langkah keselamatan, Ketua Pegawai Eksekutif (KTMB) menyeru semua penumpang tren elektrik ETS No 9173 untuk segera melakukan ujian saringan di hospital berhampiran jika mengalami gejala penyakit.

Orang ramai diminta memberikan kerjasama bagi memastikan kadar jangkitan wabak COVID-19 tidak merebak secara meluas. Bagi memastikan Malaysia bebas dari wabak ini, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan juga diumumkan supaya dilanjutkan sehingga 14 April ini oleh Perdana Menteri.

Artikel berkaitan: (TERKINI) Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Akan Dilanjutkan Lagi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...