‘Penumbuk’ Tersangkut Dalam Mulut BF Ketika Cuba Rakam Video Kelakar, Pasangan Kekasih Terpaksa Ke Hospital

Kehidupan

‘Penumbuk’ Tersangkut Dalam Mulut BF Ketika Cuba Rakam Video Kelakar, Pasangan Kekasih Terpaksa Ke Hospital

Sepasang kekasih di China meraih perhatian di internet selepas mereka tiba di hospital dalam keadaan yang luar biasa.

Orang ramai terkejut melihat keadaan mereka yang terpaksa ke hospital untuk mendapatkan bantuan mengeluarkan tangan wanita itu dari mulut teman lelakinya.

Advertisement

Bukan mahu menumbuk tetapi pasangan terbabit sebelum itu cuba melakukan trend video kelakar di mana lelaki itu buat aksi seperti ‘makan’ tangan kekasih.

Wanita itu telah menyuruh kekasihnya membuka mulut seluas-luasnya dan dia menyangka tangannya boleh muat ke dalam mulut lelaki tersebut.

tangan sangkut dalam mulut kekasih

Namun ketika melakukan aksi tersebut tangan wanita berkenaan tersangkut di dalam mulut lelaki itu dan tidak dapat dikeluarkan meskipun sudah beberapa kali mencuba.

Ketika tiba di hospital, muka lelaki tersebut sudah kemerah-merahan dan air liurnya pula tidak berhenti meleleh keluar dari mulut kerana ternganga dalam tempoh yang lama.

Tidak dipastikan bagaimana prosedur dijalankan untuk mengeluarkan tangan wanita berkenaan namun video tersebut tular di media sosial dan menjadi bahan jenaka.

Individu yang merakamkan kejadian itu juga didengari tidak berhenti ketawa dan si teman lelaki pula turut terhibur dengan situasi yang menimpanya dan kekasihnya.

 

在 Instagram 查看这篇帖子

 

MaiduSpace (@maiduspace) 分享的帖子

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

jefri nichol cium ameera khan
1 month ago

Netizen 'Panas' Jefri Nichol Muat Naik Video Cium Ameera Khan - "Tayang Maksiat Macam Tu Je, Tak Malu.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Sun

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...