Penulis Watak Ultraman Meninggal Dunia Pada Usia 82 Tahun Akibat Kanser

Trending

Penulis Watak Ultraman Meninggal Dunia Pada Usia 82 Tahun Akibat Kanser

Watak adiwira popular dari Jepun, Ultraman memang cukup terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia. Bahkan boleh dikatakan ramai yang membesar dengan menonton watak ini di kaca televisyen. Populariti Ultraman di serata Asia juga menarik perhatian Marvel Entertainment untuk melakukan satu kolaborasi menarik pada tahun ini.

Baca: Superhero Jepun ‘Ultraman’ Bakal Sertai Keluarga Marvel Pada Tahun Hadapan

Advertisement

Namun berita menyedihkan untuk semua peminat Ultraman apabila penulis watak adiwira ini dilaporkan meninggal dunia akibat kanser. Shozo Uehara meninggal dunia pada usia 82 tahun disebabkan komplikasi kanser hati yang dialami beliau pada awal Januari lalu.

Beliau merupakan penulis utama adiwira Ultraman dan antara penulis asal untuk siri Ultra Q sebelum Ultraman. Toei Productions kemudian menghubunginya untuk menghasilkan siri adiwira pertamanya, Himitsu Sentai Goranger.

ultraman

Uehara menyertai Tsuburaya Productions selepas tamat pengajian di Chuo University. Bakatnya menyerlah selepas hasil kerjanya berjaya dicungkil oleh ketua syarikat yang membaca penulisannya tentang perang dalam drama Okinawa.

Dengan penyertaan beliau di dalam produksi itu, telah menjadikannya sebagai ketua penulis untuk siri Ultra Q sebanyak 21 episod. Bermula dari situ, beliau dilantik menjadi ketua penulis untuk siri Ultraman yang keempat, The Return of Ultraman. Pada tahun 1973, beliau menyertai Toei Productions dan mencipta siri Himitsu Sentai Goranger yang mendapat sambutan hangat dari penonton.

ultraman

Pastinya berita kematian penulis Ultraman ini adalah satu kehilangan besar buat francais watak adiwira Jepun ini. Kami kongsikan kepada anda montaj pembukaan untuk siri Ultraman pada tahun 1966 dan 1967 oleh Shozo Uehara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...