Baru-baru ini, pengarah drama terbaru, Thariq Ridzuwan: His Treasure iaitu Eyra Rahman telah menjadi bualan ramai susulan kenyataan yang dilontarkan sewaktu press conference drama tersebut
‘Penulis dengan angan-angan, tak perlu fikir’
Melalui video yang sudah tular di platform media sosial, kelihatan Eyra berkata bahawa kerja sebagai pengarah dan penulis berbeza.
Penulis dengan angan-angan yang dia tak perlu fikir, macam mana nak shoot, macam mana nak bajet.. saya tak salahkan penulis.
@wanita_hardware Replying to @zaineee661 saya tunaikan permintaan jer ye. Soalan saya satu ja adakah nak minta maaf tu susah selepas tersilap cakap? Tahu setiap manusia buat silap tapi susah ke nak minta maaf? 🤔 Siapa ja tak terasa kalau diperlekeh sebegitu rupa walaupun niat hanya melawak. Kami tak kata pun tak hargai usaha semua orang sebab bukan kami tak tengok behind the scene drama ni dan setiap orang ada usaha masing masing tapi kenapa statement “penulis dengan angan-angan yang tidak perlu fikir” & “Penulis kan dia tulis pastu bangun tidur” pulak yang dikeluarkan “tanpa sengaja” semasa pc ibarat author buat novel tu tanpa usaha jugak. Dan tiada action ke untuk counter semula disebabkan salah cakap? Kalau author tak terasa orang tak akan bunyi tapi orang bunyi sebab terkilan. Bukan hanya author Thariq Ridzuwan yang terasa tapi semua author novel, ebook, watpadd & lain lain seolah olah pukul rata semua. Minta maaf tidak akan merendahkan martabat seseorang. Jika dengan terus berdiam diri yang dipilih maka boleh nilai sendiri pendirian sesorang itu macam mana. Tak marah tapi kecewa dengan contoh yang tunjuk 🙂 Untuk my lovely author @Hudanajwa semoga dipermudahkan urusan & semoga berpihak kepada semua author serta lebih dihargai🫰 #fyp #BookTok #novel #hudanajwa #holydragon #thariqridzuwancommandohistreasure #thariqridzuwan ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Dalam pada masa yang sama, pengarah itu turut berkata penulis hanya duduk di depan komputer riba dan menulis sahaja, di mana berbeza dengan dirinya sebagai seorang pengarah.
Dalam visual kami lain. Kami kena bekerja dengan bajet, hari, cuaca, setiap karakter yang dibawa adalah berbeza.
Pengarah Eyra teruk dikecam netizen
Susulan mengeluarkan kenyataan sedemikian, Eyra teruk dikecam oleh warganet, di mana mereka merasakan pengarah terbabit seakan-akan memandang rendah terhadap kerja penulis novel.
Malah, seperti tidak berasa bersalah melontarkan kenyataan sedemikian terhadap penulis novel Thariq Ridzuwan itu.