Penulis blog terkenal, Raja Petra Kamarudin dilaporkan telah meninggal dunia di Manchester, United Kingdom pada Isnin.
Perkara itu disahkan adik kepada Allahyarham kepada portal berita Free Malaysia Today menerusi satu mesej ringkas semalam.
Dengan rasa dukacita yang mendalam, saya ingin memaklumkan bahawa abang kesayangan saya, Raja Petra Kamarudin telah meninggal dunia pada jam 11.26 malam waktu UK pada hari Isnin, 9 September di Manchester, UK.
Allahyarham yang aktif menulis ulasan dan artikel politik Malaysia dilahirkan pada 27 September 1950 dan dikenali sebagai RTK.
Raja Petra juga merupakan pengendali laman web Malaysia Today menetap di Manchester sejak beberapa tahun yang lalu dan tetap giat menulis dan menyuarakan pandangannya mengenai politik Malaysia di media maya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.