Penukaran Nama Baru Bagi Syarikat Jenama Barangan Mewah; Coach –> Tapestry

Trending

Penukaran Nama Baru Bagi Syarikat Jenama Barangan Mewah; Coach –> Tapestry

Bagi mereka yang menggemari akan jenama barangan mewah, nama barangan kulit mewah Coach adalah satu nama yang tidak asing lagi. Tapi tahukan anda baru-baru ini Coach Inc. telah mengumumkan nama syarikat mereka akan bertukar kepada nama Tapestry inc.. Ramai yang telah terkejut akan pengumuman ini kerana Coach adalah merupakan satu jenama yang telah stabil dari dahulu lagi, akan hilang keunikannya dan kepercayaan lebih-lebih lagi bagi peminat tegar jenama itu.

Advertisement

Namun penukaran nama ini hanyalah kepada nama syarikat mereka seperti mana Google yang menukar nama syarikat mereka kepada Alphabet. Jenama barangan Coach akan masih kekal lagi dengan nama Coach. Pengumuman menganai penukaran nama syarikat ini juga telah menjejaskan saham syarikat itu sendiri kerana dilaporkan 2% sahamnya telah jatuh setelah pengumuman ini di lakukan di Amerika Syarikat.

Menurut sumber di Coach, penukaran nama syarikat ini adalah bagi tujuan pembaharuan visi dan objektif syarikat itu bagi meluaskan market barangan keluaran mereka kepada banyak lapisan umur, dari muda sehingga ke tua. Pada 2015, Coach Inc. telah membeli kompani jenama kasut high-end, Stuart Weitzman dengan harga $574 juta. Pada awal 2017, mereka juga telah membeli syarikat jenama apparel, Kate Spade dengan harga $2.4 billion.

Penukaran nama syarikat Coach Inc. kepada Tapestry Inc. akan mula berkuatkuasa pada 31 Oktober tahun ini. Simbol syarikat Coach pada papan tanda bursa saham juga akan berubah dari COH kepada TPR. Laman web baru mereka tapestry.com sudah mula beroperasi dan dapat dikunjungi bagi mereka yang mahupun mendapatkan info mengenai barangan yang dijual.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...