Penuhi PKP Kali Ini Dengan Melakukan 5 Aktiviti “Sempoi” Ini

Hiburan

Penuhi PKP Kali Ini Dengan Melakukan 5 Aktiviti “Sempoi” Ini

Bermula dari 22 Oktober yang lalu, rakyat Malaysia di beberapa buah negeri sekali lagi terpaksa menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Fuh, masih teringat waktu pertama kali PKP dijalankan. Memang stress dibuatnya terperap di rumah. Berdasarkan kajian , didapati ramai yang mengalami tekanan, ketidakstabilan mental dan cepat beremosi sepanjang PKP yang mengehadkan aktiviti harian. Ini satu fakta yang amat menakutkan!

Advertisement

Jadi untuk mengelakkan dan mengurangkan kadar stress kita pada PKP kali kedua ini, izinkan kami berkongsi beberapa aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang kita berada di rumah.

Kemas rumah sekemas-kemasnya

Ketika PKP inilah masa yang betul-betul kita berada di rumah. Inilah peluang terbaik untuk kita mengemas dan membersihkan rumah sampai berkilat. Ajak semua anak beranak, adik-beradik, mak ayah dan jadikan ia satu aktiviti berkumpulan. Ada yang lap kipas, ada yang mop lantai, ada yang susun stor dan macam-macam lagilah. Confirm seronok!

Lipat baju beramai-ramai

Salah satu perkara yang anda akan perasan apabila anda berada di rumah ialah “oh banyak gila baju yang tak berlipat kat rumah nie”. Sekiranya anda seorang isteri, melipat baju sorang-sorang memang membosankan. Apa kata “paksa” suami dan anak-anak anda melipat baju bersama-sama di hadapan TV sambil melayan filem Hindustan kegemaran. Sambil lipat baju, sambil mengeratkan silaturahim.

Lakukan senaman mudah

Yoga, senamrobik dan lompat tali “skipping” antara senaman mudah yang boleh dilakukan sepanjang PKP kali ini. Tak perlu nak habiskan duit membeli alatan mahal-mahal. Nak lagi best, jadikan senaman ini aktiviti wajib untuk seisi keluarga pada waktu-waktu yang ditetapkan. Barulah makin bersemangat!!

Ha, bila dah buat macam-macam aktiviti ini mesti dahaga kan? Masa inilah korang nak minum air sejuk dari SK magic Water Purifier!

Selain JIKSOO RICH, anda juga boleh memilih pilihan penulen air lain yang boleh disesuaikan mengikut bajet dan citarasa anda. Namun, JIKSOO RICH adalah pilihan terbaik kerana ianya dilengkapi dengan teknologi JIKSOO yang memastikan air anda sentiasa mengalir dan penuh mineral. Selain itu, ia juga boleh membuat ais!!!

Bayangkan tekak anda dibasahi air kosong penuh ais setelah basah lencun berpeluh main tali “skipping”. Memang menyegarkan! Ok jom sambung lagi apa aktiviti yang anda boleh lakukan untuk PKP kali ini.

Belajar memasak

PKP yang sebelum ini tentu anda dah power memasak nasi ayam, nasi beriani, mihun sup dan macam-macam lagi kan? Apa kata kali ini anda belajar buat dessert pulak. Mungkin boleh belajar buat cendol ataupun air batu campur (ABC). Ais pun senang je nak dapat sebab dah ada JIKSOO.RICH. Tak perlu nak tunggu ais beku dalam peti ais. Tekan 1 butang je terus dapat ais. Senang, pantas dan mengkagumkan!

Berkebun di sekitar rumah

Last but not least, sekiranya rumah anda ada sedikit kawasan lapang, maka bolehlah mencuba aktiviti menanam bunga. Ada ruangan sedikit pun dah mencukupi sebab sekarang ada macam-macam cara nak bercucuk tanam. Dalam pasu pun dah boleh sangkut celah-celah tingkap, belakang dapur dan sebagainya. Memang akan hilang stress bila kita tengok tanaman/bunga tersebut membesar dengan jayanya. Peluh pun peluh jugak!

Eh, ada yang nak tahu lebih mendalam ke tentang JIKSOO.RICH yang boleh menghasilkan ais seperti kristal ini? Ok jom kita tengok!

Sistem tanpa tangki

JIKSOO.RICH menggunakan sistem tanpa tangki yang membolehkan air sentiasa mengalir dan tidak bertakung. Maka air yang terhasil daripadanya juga adalah bersih, suci dan penuh dengan mineral.

Teknologi Nano & UV

Seperti yang kita ketahui, air daripada saluran paip di Malaysia tidak boleh diminum terus. Oleh sebab itu kita perlukan penulen air untuk mensteril dan membersihkan air tersebut.

JIKSOO.RICH menggunakan teknologi Nano untuk menyingkirkan virus dan elemen berbahaya. Malah ia turut mempunyai pensterilan UV automatik untuk menghilangkan bakteria. Hasilnya, air yang diminum adalah bersih, selamat dan sihat 100%!

Pilihan suhu yang pelbagai

Seperti yang dimaklumkan, salah satu sebab kita WAJIB memiliki penulen air ialah kerana kemudahan memilih suhu yang ingin digunakan. Dengan JIKSOO.RICH, ada 7 pilihan suhu disediakan iaitu:-

  • Air panas pada 90 celcius, sesuai untuk buat kopi
  • Air panas pada 70 celcius, khas untuk pencinta teh
  • Air suam pada 45 celcius
  • Air suam pada 50/55 celcius, sesuai untuk buat susu bayi
  • Air pada suhu bilik
  • Ais

Jimat tenaga

Apa guna ada penulen air tapi bil elektrik naik gila-gila kan? Ha, bab penjimatan tenaga memang tak boleh kalahkan JIKSOO.RICH. Memang korang tak akan rasa perbezaan bil eletrik sebelum dan selepas memilikinya. Jimat kaw-kaw!

Rekaan yang minimalist

Last but not least, sudah tentu rekaan JIKSOO.RICH yang menarik, simple dan sesuai untuk semua jenis dapur adalah salah satu kekuatan penulen air ini. Ia akan menyerikan lagi dapur anda.

Untuk makluman anda, JIKSOO.RICH ini memang tersangat popular di Korea. Bukan kerana rekaan yang menarik semata-mata, malah ia telah memenangi anugerah Korean Consumer Award selama 7 tahun berturut-turut ini juga boleh menghasilkan ais yang berkhasiat kerana ianya dihasilkan daripada air penuh mineral. JIKSOO.RICH ini juga telah memenangi anugerah CES Innovation Awards 2020. Senang cakap, inilah pilihan terbaik sekiranya anda ingin memiliki penulen air di rumah anda.

Jadi tunggu apa lagi? Anda boleh dapat ke”power”an dan ke”awesome-an” penulen air berais JIKSOO RICH dari SK magic ini dari harga SERENDAH RM145 sehingga RM180 sebulan. Memang sangat-sangat berbaloi. Maklumat lanjut layari laman web SK magic, Facebook  dan juga Instagram

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...