“Penuh Naik Turun, Awak Tetap Setia” – Pernah Bercerai, Aliff Aziz Kongsi Kini Bahagia Bersama Bella Astillah

Hiburan

“Penuh Naik Turun, Awak Tetap Setia” – Pernah Bercerai, Aliff Aziz Kongsi Kini Bahagia Bersama Bella Astillah

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz memuat naik beberapa gambar bersama isteri, Bella Astillah di Instagram sebagai sebuah rasa penghargaan.

Pernah melalui fasa keretakan rumah tangga pada 16 Mei 2019 yang sempat menghebohkan netizen, mereka kembali bersatu selepas rujuk semula dalam tempoh edah.

Advertisement

Penuh naik turun yang kita hadapi, tapi awak tetap setia.

Kata Aliff, di gambar pertama dan kedua diambil pada 2014 dimana dulunya teman wanita yang kini menjadi isterinya ditemukan pada fasa hidupnya yang hampir putus asa.

Sekarang, setelah dikurnai 2 orang cahaya mata, pelakon itu berjanji akan menjadi seorang bapa dan suami yang lebih baik untuk keluarga kecil itu.

Terima kasih sebab jadi sebahagian dari diri saya yang menjadikan saya lelaki seperti sekarang.

aliff

Di ruangan komen, ramai turut rasa gembira atas kebahagiaan keluarga tersebut yang membuktikan mungkin sesetengah lelaki layak diberi peluang kedua.

bella

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bella astillah refal hady
8 months ago

"Suami Perhati Je.." - Bella Astillah 'Angau' Video Call Dengan Refal Hady, Reaksi 'Marah' Aliff Aziz Curi Perhatian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...