Pentingnya Insurans Pada Individu Dan Bagaimana Memilih Insurans Yang Betul

Trending

Pentingnya Insurans Pada Individu Dan Bagaimana Memilih Insurans Yang Betul

Tular di media sosial mengenai sebuah syarikat insurans yang didakwa telah menganiaya pelanggannya. Memetik kenyataan yang dimuat naik oleh Syarifah Nurul Syuhada, beliau berasa ditipu oleh syarikat insurans berkenaan.

Advertisement

Di sebalik makin ramai yang faham kepentingan insurans, masih ada yang tidak sedar bahawa insurans memainkan peranan penting dan memberi banyak kebaikan kepada mereka yang melanggannya.

Ini kerana semua daripada kita tidak tahu bila musibah akan menimpa diri kerana malang tidak berbau. Apabila terkena musibah, apa lagi yang dapat menampung bebanan yang dihadapi.

Tidak semestinya kita muda dan sihat tidak boleh diserang penyakit kronik atau kemalangan sehingga hilang upaya untuk meneruskan kelangsungan hidup termasuk mencari rezeki.

Apabila berlaku perkara-perkara tidak diingini, barulah kita menjadi seperti kata pepatah “Sudah Terhantuk Baru Tengadah”. Baru kita mengerti mengapalah kita tidak “Sediakan Payung Sebelum Hujan”.

Insurans memainkan peranan penting dalam melindungi sesiapa saja sebagai pemegang polisi.

Walaupun tawaran perlindungan banyak dan seolah satu persaingan kepada syarikat insurans menawarkan yang terbaik kepada pelanggan, namun kita mempunyai pilihan berdasarkan kemampuan dan komitmen. Ada kalanya, kita sendiri sering mempunyai stigma ke atas produk insurans termasuk promosi yang digembar-gembur dalam apa jua media perantara.

Dari sudut lain, syarikat insurans mempunyai tanggungjawab bukan sekadar mendapat keuntungan hasil jualan produk mereka, malah mereka juga menetapkan tanggungjawab untuk memastikan lebih ramai memiliki polisi.

Pada usia muda, mereka digalakkan mengambil insurans kerana ia menawarkan manfaat jelas termasuk dari segi pulangannya apabila polisi yang dilanggan mencapai tempoh matang.

Malah, dari segi komitmen bulanannya juga berkemungkinan lebih rendah, berbanding mereka yang mengambilnya pada usia tua. Secara dasarnya, terdapat pelbagai insurans ditawarkan di pasaran ketika ini merangkumi insurans hayat, kesihatan pendidikan dan am.

Namun, produk paling popular tidak kira syarikat insuransnya adalah hayat dan pendidikan.

Bagi memenuhi tuntutan mereka yang beragama Islam, syarikat takaful kini memberi tumpuan untuk menawarkan insurans takaful yang menawarkan fungsi lebih Islamik. Produk takaful kini mendapat perhatian bukan sahaja kepada mereka yang beragama Islam, malah yang bukan Islam juga semakin berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut manfaat yang ditawarkan takaful.

Walaupun apa jua insurans di ambil sama ada takaful atau konvensional, ia sebenarnya menawarkan manfaat asas yang hampir sama iaitu perlindungan jika berlaku kemalangan atau kematian, tujuan pendidikan dan kesihatan. Ini kerana, setiap insurans masing-masing memiliki kelebihan dan menguntungkan pemegang polisi.

Insurans terbahagi kepada dua kumpulan iaitu perlindungan serta simpanan. Insurans berbentuk simpanan membolehkan pelanggan mendapat balik semua wang yang dilaburkan selepas mencapai tempoh matang mengikut keuntungan dari segi peratusan yang ditawarakan oleh syarikat berkaitan.

Insurans berbentuk perlindungan, ia memberi perlindungan semata-mata dan tidak membabitkan simpanan. Terdapat pelbagai jenis insurans, namun pilihan terletak di tangan kita, produk mana yang dirasakan sesuai, berbaloi dan memenuhi kemampuan kita dari segi komitmen bulanan.

Berikut adalah tips yang mungkin dapat membantu dalam memilih insuran yang sesuai agar tidak terkena atau diperdaya..

1. Tanya diri sendiri, adakah anda memerlukan perlindungan insuran?

Jawab sejujur dari dalam hati anda, adakah anda memerlukan perlindungan insuran atau tidak. Jangan setakat ikut kawan atau setakat ada. jika sudah ada, ketahui n selidiki perlindungan yang ditawarkan kepada anda. Berbeza dengan caruman socso dan KWSP, insuran adalah salah satu lagi cara yang dapat membantu anda dan keluarga anda dari segi kewangan kerana ia dapat mengurangkan atau menanggung biaya pembiayaan kesihatan anda.

2. Kenal pasti perlindungan yang anda mahu dan yang anda mampu.

Paling penting, perlu fahami dan halusi setiap polisi perlindungan yang ditawarkan, fahami setiap perenggan atau terma yang dinyatakan pada setiap mukasurat. Ini adalah penting untuk memahami setiap ringgit yang anda laburkan itu akan dapat dituntut sepertimana yang termaktub.

3.Pastikan cara pembayaran yang memudahkan anda.

Pastikan cara pembayaran premium bulanan memudahkan anda, bukan merumitkan. Kini pembayaran boleh dilakukan dengan mudah menerusi auto debit dari akaun simpanan anda atau potongan kad kredit.

4. Kalau boleh, ambil dari ejen sepenuh masa dan yang berpengalaman.

Tidak salah jika mengambil polisi insuran dari ejen separuh masa jika anda merasakan mereka komited menjalankan tugas sebagai wakil insuran.Secara logik, wakil insuran sepenuh masa dan yang belum berkahwin pasti dapat memberi masa yang lebih berbanding wakil yang telah berkahwin. Jadi Semua itu harus diteliti kerana ia akan memberi kesan kemudian nanti. Jadi pilih yang terbaik buat diri.

5. Minta tempoh untuk berfikir dan bertenang

Sekurangnya 3 hari. Fikir dahulu dan kajilah polisi yang ditawarkan itu dengan merujuk pada kawan yang arif dalam bidang insuran sahaja. Bandingkan polisi yang ditawarkan anda dengan polisi orang lain atau polisi yang ditawarkan syarikat insuran lain. Sekurangnya anda tahu, apa yang terbaik buat anda untuk hari ini dan masa akan datang.

6. Bandingkan polisi yang diberi dan fikir untuk jangka panjang.

Selalunya perlindungan insuran yang diberi oleh pihak syarikat hanyalah bagi tempoh masa anda bekerja semasa dengan syarikat sahaja. Jadi adalah bijak jika mengambil polisi persendirian untuk mengelakkan kesulitan dikemudian hari terutama setelah anda meningkat umur. Sekurangnya risiko jika berlaku kesulitan dikemudian hari dapat diminimumkan. Umum mengetahui kadar premium bulanan adalah berbeza mengikut umur, dan tahap kesihatan seseorang. Tahap premium untuk polisi yang ditawarkan hari ini mungkin berbeza pada sepuluh atau dua puluh tahun akan datang. Waktu yang sesuai untuk mengambil polisi insuran adalah seawal usia dimana bayaran premium adalah lebih murah dan kelulusan permohonan juga lebih mudah kerana risiko terkumpul adalah lebih rendah.

7. Pilih pelan perlindungan yang ada ikatan pelaburan(atau pelan pendidikan).

Sekurangnya setiap ringgit yang ada bayar setiap bulan ada bahagian untuk pelaburan. Mungkin tidak sebanyak jika dibuat pelaburan secara total menerusi saham amanah atau unit trust, tetapi sekurangnya setiap ringgit mempunyai nilai yang memberi pulangan.Tanya wakil insuran, berapa banyak bahagian dari pembayaran itu dimasukkan ke dana bersama dan berapa peratus dilaburkan untuk mendapat pulangan.

8.Pilih perlindungan yang menawarkan kad perubatan, jika ada.

Kenal pasti jenis perlindungan yang ditawarkan oleh kad perubatan tersebut. Kenal pasti senarai klinik dan hospital yang menyertai senarai panel berdekatan dengan tempat tinggal. Bandingkan kad perubatan yang lain jika anda tahu untuk memastikan kad perubatan yang terbaik bagi.Pastikan samada kad perubatan itu disediakan oleh pihak ketiga(third party) atau panel utama.

9.Tanya wakil insuran.

Berapa tempoh yang diambil untuk proses kelulusan dan jika diluluskan berapa lama tempoh masa yang diambil untuk mendapat buku polisi untuk semakan lanjut.

10.Tanya kaedah2 atau cara2 membuat tuntutan mengikut prosidur sebenar.

Mungkin wakil yang bagus melakukan semuanya untuk anda(anda hanya perlu sign sahaja), tetapi anda masih juga perlu tahu proses tuntutan sekurang2nya tahu apa yang perlu dibuat apabila wakil insuran anda tidak membantu.

11. Kaedah atau proses

Tanya kaedah dan proses untuk menamatkan insuran mengikut cara yang betul dan berapa masa yang diambil untuk menamatkan polisi.

Kita seharusnya sedar bahawa memiliki polisi insurans adalah sesuatu langkah yang amat bijak dan kita juga tidak terhad kepada satu insurans, malah boleh mengambil lebih perlindungan dari syarikat berlainan berdasarkan kemampuan.

Sumber : Miloskilos & Duniaherbs

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...