January 20th, 2019

Sekejap je dah nak habis tahun 2018, rasa sekejap je masa berlalu. Tapi biasalah masuk hujung tahun ni, cuaca pula jadi tak menentu. Sekejap hujan lebat, kadang-kadang tu panas terik pula.

Semestinya perubahan cuaca memberi kesan kepada kulit wajah anda. Mulalah kulit tumbuh jerawat, atau menjadi kering secara tiba-tiba. Timbul masalah atau breakout, automatik anda akan jadi risau dan stress. Stress pun boleh menyebabkan kulit wajah bermasalah.

Memang tak dapat dielak situasi yang seperti ini kan. Dengan gaya hidup yang sibuk lagi, sehingga kita tiada masa nak melakukan semua rutin penjagaan wajah.

Penjagaan wajah yang paling basic ni memang sangatlah penting untuk memastikan kulit kekal segar dan sihat walau apa pun keadaan yang melanda. Sekarang ni, terlalu banyak rutin penjagaan wajah yang anda boleh dapatkan. Bermula daripada yang paling mudah sehinggalah langkah yang paling rumit serta menggunakan terlalu banyak produk.

Tapi anda jangan lupa, perkara paling penting dan asas ialah mencuci muka. Mesti anda pening produk apa nak beli untuk menyesuaikan masalah kulit wajah anda kan?

Untuk menyelesaikan masalah anda, kami cadangkan anda gunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser.

Kenapa Cetaphil Gentle Skin Cleanser?

Pencuci Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Jadi tak kira apa jenis masalah kulit muka yang anda tengah alami, Cetaphil Gentle Skin Cleanser pilihan yang tepat!

Cetaphil Gentle Skin Cleanser adalah sangat bagus untuk digunakan setiap hari untuk membersihkan kulit wajah anda dengan lembut serta melembabkan kulit. Apa yang paling best Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni ialah ia bebas daripada wangian, sabun dan lanolin, jadi ini sememangnya produk yang selamat untuk wajah anda.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser boleh digunakan untuk membersihkan light make up kerana teksturnya yang seperti losyen dan boleh digunakan bersama air atau tanpa air.

Selain itu, ia mempunyai pH seimbang, jadi ia tidak akan memedihkan mata anda serta dapat mengekalkan kelembapan kulit. Sebab itulah, pakar dematologi mengesorkan produk ini dan Gentle Skin Cleanser dikatakan sebagai produk pembersih kulit dermatologi nombor 1 di Malaysia.

Berdasarkan temuramah Home Tester Club Malaysia, 99% wanita yang telah cuba produk ini setuju yang Cetaphil Gentle Skin Cleanser membersih dengan lembut sambil melembapkan kulit tanpa megikis lapisan pelindung semulajadi kulit.

Bukan itu sahaja, Cetaphil Gentle Skin Cleanser mudah didapati di pasaran jadi tiada masalah untuk anda mendapatkannya.

Dah tahu produk apa yang terbaik untuk kulit wajah, sekarang masa untuk semak semula, betul atau tak cara anda mencuci muka. Iya lah, kalau nak cantik, tak bolehlah cuci muka dengan sambil lewa je. Perlu tahu cara yang betul barulah nampak kesannya nanti.

Jadi, macam mana nak cuci muka dengan betul?

  • Cuci tangan terlebih dahulu. Ini perkara pertama yang anda perlu lakukan.Sebelum mula menyentuh wajah, anda perlu pastikan tangan bersih dan bebas daripada kotoran. Jika anda menyentuh wajah dengan tangan yang kotor, muka akan mudah dijangkiti kuman yang menyebabkan masalah pada kulit.
  • Seeloknya cuci wajah menggunakan air suam. Bukan sahaja menyegarkan malah lebih mudah untuk menyingkirkan kotoran.
  • Gosok wajah secara lembut menggunakan jari jemari anda untuk meratakan pencuci ke seluruh wajah.
  • Bilas dan cuci muka anda menggunakan air suam dan keringkan secara pedap atau dap sahaja menggunaka tuala khas untuk muka. Jangan sesekali campur tuala badan dengan muka ya.
  • Cuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari dan selepas berpeluh!

Mudah sahaja kan? Kombinasi produk pencuci yang tepat dan langkah mencuci muka yang betul dapat membantu anda menjaga kulit wajah agar kekal sihat walau dalam apa keadaan sekali pun. Yang paling penting gunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser dalam rutin mencuci wajah anda setiap hari!




5 responses to “Pentingnya Cuci Muka Dengan Betul! Ini Yang Anda Perlu Tahu”

  1. Faraj says:

    Cuci ..Rahim ..nk sebut Rahim Sepahtu pun malu…..dh lah hodoh ‘ lawak lagi bodoh & Hodoh lah…tak pernah pun gi akhir dlm MLMega..kecuali bersama Jdp jrr…tu jer…

    • Anonymous says:

      Sesuai digunakan oleh ahli Umno luar je mcm suci tpi dlm belendir. Lol

    • minah jambu say NO to drugs says:

      faraj ni rakyat mlaysia berugama islam ke ? kalau rakyat mlaysia islam tkan tak tau ugama ??? kate jangan hina ciptaan Allah ..minah tudung berangan dewi remaja masok club bukak tudung tu kenape tk di gembar gembur kan ?????????? kalau rahim buat lawak bodoh tak klakar jangan ketawa lah !! mengong !!

    • minah jambu say NO to drugs says:

      ouh..

    • Faraj says:

      bukan hina ciptaan Tuhan..tapi tgk lah reunion sepahtu…Rahim yg lebih2..walau pun lawak ..tapi boleh ckp Muka Mamat muka tk siap…( handsome jugal mamat dgn tinggi ..cums gigi jer)…so pikiaq sendiri lahhhh

Loading...