Pejam celik, pejam celik, tiba-tiba kita dah pun melompat masuk ke tahun 2021. Biar benar? Serius rasa 2020 berdesup zup zap sampaikan tak sedar langsung. Mana nak sedar bila anda kena lalui pelbagai rintangan dan dugaan sepanjang tahun ini.
Siapa sangka pandemik yang nampak kecil mulanya telah membesar dengan luas sehingga semua penduduk dunia terpaksa mengubah gaya hidup hampir 100%. Bukan sahaja jalani norma baru malah ada yang diduga dek kebejatan ekonomi sampaikan sumber kewangan pun terjejas.
Ada yang terpaksa cari kerja lain, ada yang kena reda dapat gaji separuh daripada biasa. Kenalah berjimat-cermat dalam berbelanja supaya dapat teruskan kelangsungan hidup. Haihh… apalah tips terbaik untuk hemah berbelanja ya?
Cari ‘deal’ terbaik
Khas buat anda, antara tips untuk menjalani misi berjimat-cermat ini ialah tidak berbelanja secara melulu sahaja. Sebaiknya, anda selongkar dahulu pelbagai medium dan bandingkan harga barang yang dikehendaki. Selepas dah jumpa platform yang menawarkan harga terbaik, barulah beli. Confirm anda tidak akan berbelanja lebih daripada yang sepatutnya!
Sama juga apabila mencari pakej perkhidmatan, contohnya seperti data, anda mesti kaji dan cari telko mana yang memberikan servis semaksima mungkin tapi dengan harga yang murah sahaja. Penting tahu keperluan data ini, nak belajar, nak jalani bisnes, tak boleh hidup kalau tiada. Rugilah kalau anda bayar mahal tapi dapat layan servis yang ‘ciput’ sahaja. Makan hati nanti…
Tak percaya ada pakej data yang murah? Tadaaa! Sebab itu anda mesti langgan YES memandangkan ia menawarkan pelan termurah kini dengan servis ‘tip top’. Bayangkan top up serendah RM1, anda dah boleh dapat data sebanyak 1GB. Misi jimat berbelanja jadi mudah dengan pelan YES!
Pelan menakjubkan YES istimewa buat anda
YES sememangnya memahami keperluan untuk berjimat-cermat kini. Mereka ternyata penyokong terbaik buat anda kerana menawarkan pelbagai pelan baru yang menakjubkan. Anda kalau dengar pun pasti gosok mata tak percaya!
YES Kasi Up Prepaid 15
Bawa bertenang dan jangan terkejut kerana dengan pelan ini, anda hanya perlu mengeluarkan belanja sebanyak RM15 sebulan sahaja namun boleh layan data yang banyak dengan tempoh penggunaan yang panjang. Serius, ini adalah harga terendah dalam pasaran kini!
Pssttt.. istimewa buat anda, dapatkan pelan YES Kasi Up Prepaid 15 berharga RM15 sebulan dilengkapi 10GB data dan tempoh sah selama 30 hari dengan harga RM1 sahaja di Shopee. Tapi jangan buat sambil lewa tahu, sebabnya tawaran ini berlangsung dalam masa yang terhad dan ianya dihadkan kepada sekali pembelian sahaja. Penghantaran percuma sampai ke rumah okay, so cepat-cepat!
YES Kasi Up Postpaid 49
Tak sampai RM50 pun tapi anda dah mampu nikmati 100GB data dengan 6 bulan langganan percuma untuk kontrak selama 2 tahun. RM49 sahaja tahu! Mana lagi yang mampu beri tawaran murah hati ini melainkan YES kesayangan.
YES Kasi Up Refer & Earn
Yang ini serius best! Bayangkan pengguna YES dapat miliki hingga RM50 dengan mudah sahaja. Cuma perlu rujuk YES kepada keluarga rapat dan rakan taulan, anda layak untuk memiliki tawaran hebat tersebut. Malah ahli keluarga dan sahabat juga akan mendapat jumlah yang sama. Keseronokan lebih syok dikongsi, betul tak?
YES bukan sahaja-sahaja tahu apabila mereka mencipta kesemua pelan dengan tawaran dahsyat ini. Bagi memberikan semangat dan sokongan kepada rakyat Malaysia yang mungkin runsing dek isu kewangan, program rujukan ini sudah pastinya akan membantu anda untuk membuat duit lebih. Dapat jimat satu hal, malah anda juga boleh jana duit sampingan. Unlimited duit bak kata YES!
YES Kasi Up Databack
Lagi satu, anda hanya perlu membeli-belah di platform YES untuk mendapat data percuma. Apa? Betul! Kalau anda nak tahu, YES Databack telah pun dilancarkan di laman Shopee dan pembeli boleh perolehi 5GB data percuma bagi setiap RM50 pembelian. Bahkan anda boleh dapatkan hingga 100GB tahu untuk sebulan.
‘Kasi Up’ kehidupan bersama YES
Kesemua tawaran YES ini juga adalah inisiatif baik buat anda yang menjalankan perniagaan digital. Bisnes tak perlu perbelanjaan yang banyak daripada segi data sekiranya anda memilih untuk melanggan pelan YES Kasi Up ini. Syoknya, anda juga boleh berhubung dengan orang tersayang selain berhibur dengan sepuas-puasnya. YES memang teman terbaik.
YES mengambil peluang ini untuk ‘kasi up’ kehidupan anda rakyat Malaysia. Tak perlu gundah gulana berseorangan kerana pelan YES terbaru ini sudah pasti akan meringankan bebanan anda. Peluang keemasan ini tidak sepatutnya dilepaskan kerana YES sememangnya dikenali kerana harga datanya yang berpatutan berbanding perkhidmatan telko lain selain dilengkapi dengan rangkaian 4G Paling Power.
Penting! Jangan lupa singgah Shopee untuk dapatkan pelan YES Kasi Up Prepaid 15 dengan harga RM1 sahaja kini. Alang-alang dah nak serbu Shopee, YES juga sedang memberikan 150,000,000GB data percuma yang sudah tersedia untuk dituntut sahaja. Cepat-cepat!
Kalau nak dapatkan maklumat lanjut mengenai kesemua pelan ini, anda boleh muat naik aplikasi MyYes di Google Playstore mahupun Apple Store atau pun layari terus laman web rasmi YES. Jangan lepaskan peluang hebat ini!