Pelakon jelita, Che Ta mengatakan dia tidak bersetuju aib seorang artis lelaki yang ditahan akibat penyalahgunaan dadah disebarkan kepada khalayak ramai.
Menerusi satu perkongsian dibuat Astro Awani di Instagram, Che Ta atau nama lengkapnya Rozita Che Wan mempertikai tindakan mendedahkan kegiatan selebriti tersebut yang didakwa sudah terlibat dengan penyalahgunaan dadah selama lapan tahun.
Menurut pelakon itu, kenyataan yang dikeluarkan itu hanyalah untuk kegunaan pihak polis dan tidak sepatutnya disebarkan kepada umum.
Penting sangat ke nak sebar aib orang macam ini?