Penternak Lembu Terpaksa Tamatkan Nyawa Haiwan Ternakan Yang Melecur Teruk Akibat Kebakaran Di Australia

Trending

Penternak Lembu Terpaksa Tamatkan Nyawa Haiwan Ternakan Yang Melecur Teruk Akibat Kebakaran Di Australia

Kebakaran yang berlaku di Australia bukan saja menjejaskan manusia dan harta benda malah haiwan juga antara yang paling teruk terjejas. Dilaporkan kira-kira lima ratus juta haiwan yang terkorban di New South Wales akibat daripada kebakaran yang berterusan ini.

Baca: Fakta Ringkas Tentang Kebakaran Hutan Di Australia Yang Telah Mengorbankan 500 Juta Haiwan

Advertisement

Tidak seperti manusia, kumpulan haiwan ini sudah tentunya tidak tahu dan sedar tentang keadaan sekitar semasa kebakaran berlaku. Kebanyakan haiwan mati selepas terperangkap di dalam kebakaran sehinggakan ada yang mengalami melecur teruk.

Seorang penternak lembu terpaksa menembak mati 20 lembu ternakannya kerana tahap melecur yang terlalu teruk ketika kebakaran di New South Wales. Dia yang turut mendapat nasihat daripada doktor haiwan tempatan terpaksa melakukan kerja yang menyayat hati itu demi menamatkan penderitaan yang dialami mereka.

peladang australia

peladang australia

Steve Shipton turut ditenangkan oleh rakan peladang yang lain selepas terpaksa melakukan tugas itu akibat kebakaran yang meranap hartanya. Kebakaran di New South Wales antara yang paling teruk terjejas dengan tujuh kematian.

Gambar-gambar yang dirakamkan oleh jurukamera ini diambil dan kemudian digunakan untuk tujuan mengumpul dana di GoFundMe bagi membantu Steve Shipton dan komuniti lain yang turut sama terjejas.

peladang australia

peladang

Kawasan New South Wales dan Victoria antara yang paling terjejas teruk dengan kira-kira lebih 2,000 rumah yang mengalami kemusnahan. Angka terkini kematian mencatatkan 25 kematian dan enam juta hektar tanah turut musnah.

Pakar kaji cuaca turut memberi amaran keadaan akan berlarutan teruk dengan kenaikan suhu dijangka mencatat bacaan 40C di beberapa kawasan di New South Wales pada Jumaat ini. Keadaan dijangka tidak akan bertambah baik kerana musim panas yang baru sahaja melanda Australia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...