Penternak Lembu Dikompaun RM1,500 Tak Pakai Pelitup Muka

Trending

Penternak Lembu Dikompaun RM1,500 Tak Pakai Pelitup Muka

Di Kota Bharu, Kelantan, seorang penternak lembu dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka ketika memberi makanan kepada ternakannya. Ketika kejadian, Nik Azman Nik Lah dikatakan berada hanya 10 meter dari rumah.

Walau bagaimanapun, pihak polis telah mengeluarkan saman setelah mendapati Nik Azman bercakap dengan seorang lelaki tanpa memakai pelitup muka. Lelaki tersebut juga melakukan kesalahan yang sama.

Advertisement

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pihak polis akan menggunakan budi bicara sekiranya penternak lembu terbabit hanya berseorangan di lokasi.

Polis membuat pemerhatian dan mempunyai bukti gambar bahawa mereka sedang bercakap tanpa memakai pelitup muka sebelum mendekati, namun lelaki bermotosikal sempat melarikan diri.

Pihak kita menyoal penternak itu yang mengakui bercakap dengan seorang lelaki tanpa memakai pelitup muka sebelum mengeluarkan kompaun.

Ujarnya lagi, pihak polis mempunyai bukti penternak itu sedang bercakap dengan individu lain yang menaiki motosikal di tepi jalan.

Jelasnya lagi, untuk pengurangan kompaun, penternak berkenaan boleh membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu dalam masa 14 hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memberi pengurangan yang banyak jika membuat rayuan dalam tempoh ditetapkan.

Beliau memaklumkan operasi dibuat hasil maklumat orang awam bahawa terdapat ramai penduduk kampung yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...