Pensyarah Pinjam Wang Pelajar Letak Jawatan, KUPTM Akan Bantu Siasatan Polis

Trending

Pensyarah Pinjam Wang Pelajar Letak Jawatan, KUPTM Akan Bantu Siasatan Polis

Baru-baru ini, satu akaun Twitter telah menularkan mengenai seorang pensyarah sebuah kolej swasta terkenal yang didakwa meminjam dan ‘paw’ duit pelajar. Dia juga dikatakan mengugut akan menggagalkan pelajar yang dalam subjek yang diajarnya, malah seorang pelajar yang enggan meminjamkan wang telah diberi markah rendah sehingga mendapat C untuk subjek terbabit.

Baru-baru ini, Kolej Poly-Tech MARA atau KUPTM berkata, mereka merasa kesal dan sedih terhadap apa yang berlaku, dan telah melakukan siasatan terhadap pensyarah tersebut.

Advertisement

“Pensyarah tersebut telah letak jawatan.”

Mengikut dakwaan di Internet, pensyarah itu merupakan seorang wanita dan dipanggil dengan gelaran ‘madam‘ oleh pelajar. Ada yang mendakwa diminta meminjamkan sehingga RM 600 dan ada juga dakwaan mengatakan pensyarah itu tidak membayar balik wang yang dipinjamnya.

Enti asal AmazingNara mengenai isu tersebut boleh dibaca di sini.amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...