Seorang pengguna Twitter mendakwa sebagai seorang bekas pelajar sebuah kolej swasta mendedahkan, seorang pensyarah kolej itu sering meminta pelajar meminjamkan wang. Apa yang lebih menarik, dia mengugut akan menggagalkan kertas peperiksaan subjek yang diajarnya, jika pelajar yang diminta enggan meminjamkan wang kepadanya.
Dia juga dikatakan tidak membayar kembali duit yang dipinjam kepada pelajar.
“Pensyarah ‘paw’ duit pelajar”
“Takkan tak nak tolong saya”
“Lebih dari 10 orang diugut, mengatakan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) kolej meminta wang darinya.”
“Dia memadam mesej meminta pinjam wang supaya pelajar sukar screenshot.”
“Masih belum bayar wang yang dipinjam semester lepas.”
“Tidak akan delete tweet selagi pensyarah berkenaan tidak ditukarkan.”
“Sudah maklumkan pada pihak kolej secara rasmi serta jumpa kaunselor, tetapi tiada tindakan.”
Pengguna Twitter itu mendakwa akan mendedahkan nama pensyarah terbabit kerana masalah tersebut tidak diselesaikan oleh pihak kolej.
“Nama pensyarah akan didedahkan 5.00 petang esok (hari ini).”
Nampaknya pengguna Twitter itu sudah nekad. Bersama kita nantikan sama ada benar dia akan mendedahkan nama pensyarah tersebut petang ini. Benang tweet yang diterbitkan malam semalam itu kini sudah diretweet lebih 1500 kali. – amazingnara.com