Universiti Malaya (UM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan dalaman susulan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan seorang pensyarah kanan universiti itu sebagai pengikut Freemason.
Dalam satu kenyataan rasmi, pihak universiti memaklumkan bahawa mereka mengambil maklum isu berkenaan dan akan mendapatkan gambaran menyeluruh sebelum sebarang kesimpulan dibuat.

Siasatan akan dijalankan secara adil dan telus, berpandukan peruntukan undang-undang serta peraturan universiti yang berkuat kuasa.
“UM komited untuk memastikan setiap perkara ditangani secara profesional, beretika dan bertanggungjawab, selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik,” menurut kenyataan tersebut.
Terdahulu, dakwaan berkenaan timbul selepas tular satu perkongsian gambar di media sosial yang mendakwa seorang pensyarah kanan sebuah universiti tempatan terlibat sebagai pengikut Freemason.
Sehubungan itu, UM turut meminta orang ramai agar memberi ruang sepenuhnya kepada proses siasatan serta mengelakkan sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat yang belum disahkan bagi menjaga integriti siasatan dan privasi semua pihak yang terlibat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
