Pensyarah Ekonomi Label Pekerjaan ‘Rider’ Penghantar Makanan Tidak Bermaruah

Trending

Pensyarah Ekonomi Label Pekerjaan ‘Rider’ Penghantar Makanan Tidak Bermaruah

Bersempena dengan pembentangan Belanjawan 2020, beberapa stesen televisyen menyiarkan rancangan bual bicara khusus untuk mengulas lebih lanjut dan memberikan pendapat mengenai bajet yang diusulkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Ada juga pendapat bernas dan logik diberikan tetapi ada pula pihak yang menimbulkan kontroversi.

Advertisement

Terbaru, tular video rancangan temu bual yang membicarakan tentang pekerjaan penghantar makanan yang kini semakin mendapat sambutan dan menjadi pilihan anak muda untuk mencari rezeki.

Dijemput sebagai salah seorang panel rancangan tersebut, seorang pensyarah ekonomi menimbulkan kontroversi gara-gara melabelkan pekerjaan penghantar makanan sebagai ‘tidak bermaruah’.

 

 

Pada masa yang sama, pensyarah itu turut mempersoalkan mengapa graduan yang berkelulusan tinggi, sudah mempunyai Ijazah Sarjana perlu melakukan pekerjaan sebegitu, adakah itu sahaja pilihan yang mereka ada? Pada pendapatnya, perlu ada satu platform yang membolehkan mereka bekerja setara dengan tahap pendidikan mereka.

Respon Netizen

grab food panda tidak bermaruahpensyarah pekerjaan penghantar makanan tidak bermaruahpenghantar makanan tidak bermaruahgrab food panda tidak bermaruah
Kenyataan itu menimbulkan kemarahan ramai pihak terutama ‘runner’ atau ‘rider’ yang menjadikan pekerjaan ini sebagai mata pencarian mereka demi kelangsungan hidup dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Dalam memberikan pandangan, minda kita harus terbuka dalam sesuatu isu dan janganlah memperlekehkan orang lain. Cuba letakkan diri kita di tempat orang lain untuk memahami mereka. Kita tidak tahu bagaimana mereka bergelut setiap hari demi meneruskan kehidupan, jika itu memang sumber periuk nasi mereka, apa salahnya kan? 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...