Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Penonton Terkesan, Lakonan Shukri Yahaya Dalam ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ Dipuji

shukri yahaya

Pelakon Shukri Yahaya berasa amat gembira apabila lakonan beliau dalam drama Rindu Awak Separuh Nyawa (RASN) dipuji kerana berbeza dengan drama-drama yang sebelum ini pernah dilakonkan olehnya.

Menurut Shukri atau nama sebenar Mohd Shukri Yahaya, dia telah menerima banyak mesej positif dari penonton yang datang dari pelbagai umur dan negara seperti Indonesia dan Brunei.

Advertisement
shukri yahayaSumber : Instagram Shukri Yahaya  

Kata pelakon tersebut ketika ditemubual oleh mStar,

Alhamdulillah… bila dapat tahu RASN ini menerima pujian penonton dan ada yang kata jalan cerita lain daripada lain, sudah tentu kami semua yang terlibat rasa seronok.

Bukan itu saja, saya dapat tahu pelbagai usia dan negara seperti Indonesia, Brunei dan Singapura juga tonton selain orang Malaysia yang dekat negara luar pun layan juga.

Ada juga yang mengatakan mereka terkesan dengan watak saya… mungkin saya rasa sebab cerita ini bukan rekaan semata-mata tetapi sebenarnya ada terjadi di kalangan kita sebab itu ramai yang terasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?????? ?????? (@shukriyahaya)

RASN menampilkan gandingan pelakon hebat Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose yang ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di slot MegaDrama, Astro Ria.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. tecit

    June 8, 2021 at 1:53 pm

    tehehe. tulah hero dah best dah. tp sebab ungkasa ni hade xrase nk tgk. sbb sentiasa rasa lakonan die melebih2. kalu baik terlebih2. klu manje telebih2. eh mmg sejenis hover lahh. xnampak natural. plus aku bukan ade astro pon.. kah3.

  2. Anonymous

    June 4, 2021 at 10:26 pm

    tak tengok sebab ungkasa.
    kalau lain2 yg tiasa kontrovesi nak juga tengok

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top