Penonton Tak Kisah, Avengers: Endgame Makan Masa Tiga Jam Penayangan

Trending

Penonton Tak Kisah, Avengers: Endgame Makan Masa Tiga Jam Penayangan

Pastinya peminat setia siri filem Avengers tidak sabar menanti kemunculan siri terbaharu filem terbitan Marvel Cinematic Universe (MCU) berjudul Avengers:Endgame.

avengers

Advertisement

Filem ini bakal menemui peminat di pawagam bermula 26 April 2019 ini. Khabar angin mengatakan filem ini bakal menjadi filem terpanjang dalam sejarah penerbitan MCU nampak gayanya menjadi kenyataan.

Dalam uji kaji terhadap penonton terpilih yang menonton filem tersebut, menurut pengarahnya, Joe dan Anthony Russo tiada seorang pun penonton yang keluar ke tandas walaupun ia berdurasi selama tiga jam.

“Kami telah melakukan empat kali uji kaji dan dalam tiga ujian pertama, tiada siapa yang pergi ke tandas,” kata Anthony.

Ini membuktikan penonton tidak kisah walaupun tayangan filem tersebut memakan masa yang agak lama daripada kebiasaan filem yang ada.

avengers

Justeru, ia membuatkan penonton filem setia ini semakin teruja untuk menantikan tayangannya di pawagam.

Malah tegas Joe, dia akan memastikan film tersebut juga akan berdurasi selama tiga jam.

“Kita masih dalam (durasi) jangka tiga jam,” kata Joe Russo memetik laporan Collider.

Kedua-dua pengarah yang merupakan adik beradik ini mendedahkan bahawa proses penyuntingan masih belum selesai dan kemungkinan ia menjadi lebih pendek.

avengers

Masa tayangan filem ini adalah 20 minit lebih lama daripada Avengers: Infinity War yang dikeluarkan pada tahun 2018.

Jadi, buat peminat setia jangan lepaskan peluang untuk menonton filem yang ditunggu-tunggu seluruh dunia ini pada April nanti.

Sumber Berita: Insider

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...