Biarpun berasa nama dan bakatnya belum cukup kuat sebagai pelakon, namun kejayaan Shaza Bae melakonkan watak antagonis sebagai Rossa Arabella dalam drama Marry Me Senorita meraih perhatian ramai.
Kata Shaza, dia tidak menyangka ramai penonton begitu terkesan dengan watak sisi ‘hitam’ yang dibawakan itu.
Karakter Rossa Arabella membuatkan penonton menyampah dan menyumpah seranah saya. Jadi, drama Marry Me Senorita dan Perempuan Tanpa Dosa menjadi faktor juga nama saya mula dikenali.
View this post on Instagram
Ketika ditemubual oleh pihak Harian Metro, dia memberitahu sejak membintangi drama Marry Me Senorita dan Perempuan Tanpa Dosa, rezeki dalam bidang lakonan tidak putus-putus, namun biarpun dihujani pelbagai tawaran, dia berkata masih dalam proses pembelajaran dan perlu memperbaiki kekurangan diri.
Tambahnya lagi, wakaupun berjaya membolosi pencalonan awal Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular, namun dia belum rasa dirinya berada di tahap memuaskan.
Sekadar info, bakat Shaza tidak hanya terhad kepada pelakon semata-mata, sebaliknya wanita jelita ini turut diberi kepercayaan mengendalikan program berita hiburan HLive! dan terbaharu, Hero Remaja.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.