Persembahan penyanyi Najwa Latif pada Malam Healing RapidKL baru-baru ini membuktikan ramai yang masih menyukai lagu-lagunya suatu ketika dahulu.
Single Cinta Muka Buku nyanyian Najwa menjadi fenomena dan diminati ramai orang namun dia kemudian ‘hilang’ daripada dunia seni kerana melanjutkan pelajaran.
Malah, kini Najwa yang sudah berkahwin dan bekerja sebagai pensyarah di sebuah universiti di Malaysia juga masih melanjutkan pengajiannya ke peringkat lebih tinggi.
Meskipun sudah lama tidak mengeluarkan single namun persembahan Najwa baru-baru ini membuktikan lagunya masih ‘evergreen’ dan diingati.
Menerusi video yang tular di TikTok, penonton yang hadir beramai-ramai menyanyikan bersama lirik lagu Untuk Dia nyanyian asal Najwa bersama Sleeq pada tahun 2012.
Disebabkan persembahannya yang itu, ramai yang mahukan dan berharap agar penyanyi berusia 28 tahun itu menganjurkan konsert solo bagi mengubat rindu.
Najwa sendiri meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang masih sudi mendengar lagu-lagunya namun akui berasa belum layak untuk membuat konsert solo seperti diminta.
Pasal concert ke showcase ke, wawa belum rasa layak atau mungkin tak pernah layak pun. Haha. But doakan wawa habis belajar eh? Kalau ada rezeki kita jumpa dekat event mana mana.
View this post on Instagram