Penonton Malaysia Perlu Lebih Celik Sinema

Trending

Penonton Malaysia Perlu Lebih Celik Sinema

Pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-30 yang lalu, filem One Two Jaga telah dinobatkan sebagai filem terbaik selain memenangi beberapa anugerah lain seperti Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Poster Terbaik.

Walaupun filem ini tidak mendapat kutipan yang tinggi di pawagam, One Two Jaga berjaya tercalon sebagai Filem Terbaik Asia di 12th Five Flavours Asians Film Festival. Bukan itu saja, filem ini juga pernah dicalonkan di beberapa festival filem di Amerika Syarikat, Itali dan China bagi kategori Filem Terbaik Asia.

Advertisement

Berbeza dengan filem komersial yang lain seperti Hantu Kak Limah yang mendapat kutipan pecah panggung sebanyak RM36 juta, kutipan RM38 juta untuk Munafik 2 (di dalam Malaysia sahaja), Paskal The Movie berjaya mengutip RM30 juta.

Kejayaan filem-filem komersial ini sememangnya sangat penting dalam perkembangan industri dan tiada apa yang salah mengenainya. Namun, mengapa sambutan untuk filem seperti One Two Jaga kurang mendapat sambutan dari penonton di Malaysia?

Sutradara filem

Jika dilihat filem komersial yang sering mendapat kutipan tinggi ini dihasilkan oleh pengarah yang sudah menempa nama di dalam industri. Penonton lebih familiar dengan filem arahan seperti pengarah Mamat Khalid, Shamsul Yusof, Osman Ali, Ghaz Abu Bakar dan Syafiq Yusof.

Walaupun penonton tidak tahu pun filem baru yang dikeluarkan itu mengenai apa tetapi disebabkan mereka familiar dengan nama pengarah ini, sedikit sebanyak mempengaruhi mereka untuk menonton.

Ini kerana mereka sudah mempunyai kepercayaan pada filem-filem arahan mereka sebelum ini. Tapi bagaimana pula dengan pengarah baru yang belum menempa nama dalam industri?

Apresiasi seni

Penonton di Malaysia masih belum mencapai tahap celik sinema dalam menghargai hasil karya penggiat tempatan. Tiada diskriminasi sepatutnya berlaku dalam pemilihan filem untuk ditonton di pawagam.

Untuk filem yang menggunakan percubaan lain yang mengangkat isu-isu kecil dalam masyarakat agak sukar untuk mendapat sambutan.

Sebagai contoh filem Guang arahan Quek Shio Chuan yang mengangkat tema autisme dan filem One Two Jaga yang membincangkan hal korupsi dalam masyarakat.

Lambakan filem luar

Penonton gemar menggunakan alasan ini untuk mengatakan persaingan dengan filem luar menyebabkan sukar untuk filem kita bersaing.

Tak dinafikan kemasukan filem luar ada mempengaruhi suasana industri filem kita tapi kita perlu lihat ini sebagai satu persaingan yang sihat.

Penonton mempunyai banyak pilihan dalam memilih filem untuk ditonton. Apa yang boleh dilakukan dengan masalah ini mungkin sekatan pada filem luar yang membawa pengaruh tidak baik boleh dilakukan.

Wayang@Budiman

Dalam melahirkan penonton yang celik sinema, pelbagai usaha telah dilakukan untuk membantu meningkatkan apresiasi pada seni. Antaranya usaha wayang@budiman yang menjadi platform kepada penggiat seni, ahli akademik dan penonton dalam berdiskusi mengenai filem.

Tayangan filem-filem rare yang tidak ditayangkan di pawagam ini dilakukan dan penonton dapat berdiskusi bersama selain berkongsi pandangan mereka.

Usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu perkembangan industri perfileman kita dalam mendidik penonton yang lebih celik sinema.

Sekiranya kita dapat melahirkan penonton yang mahu berfikir dan berdiskusi tentang filem, industri kita dapat melakukan revolusi baru dan mengangkat filem kita setanding negara luar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...