Menggantikan tempat Janna Nick sebagai pengacara Melodi TV3 hujung minggu lalu, Jihan Muse mendapat reaksi yang positif daripada penonton. Cara beliau mengacara penuh santai dan ‘natural’ membuatkan orang ramai lebih terhibur dan gandingannya dengan Ajak Shiro juga agak serasi.
Rata-rata netizen mahu Jihan terus kekal sebagai pengacara program itu. Tidak perlu lagi Janna kerana pengacaraan beliau dikatakan agak gedik dan sendu.
Kalau hendak bandingkan Janna dan Jihan dalam bab mengacara memanglah agak jauh bezanya. Janna baru sahaja menceburi bidang berkenaan sedangkan Jihan sudah mempunyai banyak pengalaman dalam pengacaraan termasuklah untuk program yang lebih besar. Masing-masing mempunyai cara tersendiri.