“Penonton Dalam Dewan Kata Suara Saya Sedap” – Dikecam Suara Sumbang, Sharifah Zarina Tetap Berpuas Hati

Hiburan

“Penonton Dalam Dewan Kata Suara Saya Sedap” – Dikecam Suara Sumbang, Sharifah Zarina Tetap Berpuas Hati

Penyanyi Sharifah Zarina tampil memberi respon gara-gara persembahannya di sebuah acara televisyen dikecam kerana didakwa bersuara sumbang.

Ujar Zarina, persembahan lagu Dawai pada malam itu tidaklah seteruk yang disangka dan dia tetapi berpuas hati dengan persembahan berkenaan.

Advertisement

Kata pelantun lagu Langit Ke-7 itu lagi, dia ada membuat latihan bersama guru vokal bagi memastikan nyanyiannya pada acara itu berjalan dengan lancar.

Saya diundang untuk menyanyi. Dari segi menyanyi, saya sudah buat yang terbaik dan saya sedar yang kini saya tidak lagi relevan sebab sudah lama menyepi.

Jadi apa yang mereka jangkakan? Saya rasa nyanyian yang disampaikan sedap sahaja, puas hati. Itu suara saya yang setelah lama tiada jemputan. Kali terakhir saya menyanyi pada 2021.

Zarina turut menjelaskan bahawa kualiti nyanyian seperti di dalam video yang tular itu tidak sama bagi mereka yang mendengarnya secara ‘live’.

Dalam dewan cara pendengaran berbeza. Penonton suka saya nyanyi, mereka kata sedap.

Dalam dewan bunyi mikrofon dia lain dan di televisyen pula lain sebab apa-apa kelemahan akan dengar.

Terdahulu, Zarina menerima kritikan kasar daripada warga maya yang merasakan persembahannya pada malam itu sumbang dan tidak enak didengar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sharifah Zarina
12 months ago

(VIDEO)"Dawai Dah 'Berkarat'" - Persembahan Sumbang, Netizen Tak Sanggup nak Dengar Nyanyian Sharifah Zarina

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...