Memilik raut wajah cantik seperti patung barbie, namun pelakon kelahiran kota Singapura, Nadiyah Shahab, 30, dilihat lebih serasi membawa watak antagonis.
Menerima impak luar biasa setiap kali membawa karakter jahat, jadi tidak hairanlah Nadiyah sentiasa menjadi pilihan pengarah dan penerbit untuk karakter yang sama.
Bakat Nadiyah atau nama sebenarnya, Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab mula diperhatikan menerusi drama Lafazkan Kalimah Cintamu, seterusnya drama Korban Kasih, tahun lalu.
View this post on Instagram
Biarpun watak antagonis dilakonkan mengundang kebencian, namun popularitinya melonjak dengan watak sedemikian berbanding watak protagonis.
Sejujurnya, saya terbuka mencabar apa sahaja karakter termasuk antagonis. Saya sendiri tidak tahu kenapa sering dicabar watak antagonis yang membuatkan penonton meluat.
Jadi, tidak hairan kekuatan karakter jahat yang dibawakan membuatkan nama Nadiyah membolosi pencalonan awal kategori Watak Antagonis Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.
Namun, pemegang Ijazah Undang-Undang dengan kepujian kelas kedua dari University of London, Singapura ini gagal membolosi senarai Top 5 bagi kategori berkenaan.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.