Written by serenity | January 22nd, 2018

Seorang pengarah filem bebas, Shuhaimi Zulkefly melalui satu status Facebook mendakwa dua orang penerbit filem Rentap yang menerima dana sejumlah RM 8 juta untuk menghasilkan filem Rentap telah menipu duit peruntukan yang disalurkan oleh FINAS dan kerajaan negeri Sarawak.

Dalam status itu Shuhaimi memuat naik gambar-gambar penggambaran filem itu dan menceritakan satu persatu apa yang telah terjadi, sehingga menyebabkan kerugian di pihak krew, katering dan hotel penginapan untuk pembikinan filem ini. Filem Rentap yang diterbitkan oleh adik beradik kembar Lina dan Diana Johor pada mulanya diarahkan oleh Kamal Isak pada tahun 2011.

Ia bagaimanapun gagal atau sengaja digagalkan oleh penerbit-penerbit itu.  Produksi filem Rentap kemudiannya menyaksikan Osman Ali menjadi pengarah pada tahun 2013, Hashim Rejab sebagai pengarah pada 2014.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Setiap kali mereka gagal, minta dana baru atas alasan krew yang salah. Akhir sekali, dia (Lina Johor) berlakon, dia pengarah.

Filem Perangsap Rentap ialah produksi terakhir bagaimanapun ia sebenarnya dirakamkan sebagai telefilem. Ia ialah cerita berlainan dari skrip asal filem Rentap:

Peransang Rentap ditukar format ke filem selepas habis penggambaran – krew projek ini kena tipu juga.

Status Shuhaimi beserta gambar-gambar dari penggambaran filem Rentap boleh dibaca di bawah:


Shuhaimi menambah:

Sebenarnya kami hanya dipermainkan untuk permainan mereka minta dana seterusnya. Bila gagal minta lagi, atas alasan krew tak siapkan kerja.

Kami dituduh dengan hasil penat lelah kami yang masih tidak berbayar sehingga hari ini.

Ada pihak yang kerugian berpuluh ribu menanggung masalah dari penerbit. Koordinator lokasi di pulau masyarakat Kuala Tahan, restorannya dibakar penduduk yang berang.

Agensi bakat, jabatan seni, pembuat set, produksi, wardrob, penginapan hotel, makanan, Persatuan Bot Panjang Kuala Tahan, krew dan pelakon semua tidak dibayar.

Hotel yang menyediakan tempat penginapan kami di Kuala Tahan gulung tikar kerana menanggung kerugian.

Hasil yang kami buat langsung tidak bernilai, dibuang ke dalam tong sampah. Malah rakaman pemantapan kedudukan rumah panjang hasil kerja tangan kami digunakan dalam filem kemudiannya, Perangsang Rentap.

Carian penulis mendapati pihak Karyawan yang diketuai Datuk Freddy Fernandez pernah meminta Lina dan Diana Johor menghubungi mereka untuk menyelesaikan hutang produksi berjumlah RM 100,000 pada tahun 2014, namun mereka tidak membalas panggilan atau memberi penjelasan.

Filem arahan Lina Johor, ‘Perangsang Rentap’ terbitan Unique Twins Sdn Bhd itu menjengah pawagam pada 2 November tahun lalu tetapi kutipannya tidak seperti diharapkan. Kini ia bersiaran di Astro First.- beautifulnara.com

32 responses to Penolong Pengarah Dakwa Penerbit Filem ‘Perangsang Rentap’ Tipu Duit Kerajaan

  1. farahdib says:

    samala tu….kerajaan curi duit rakyat, rakyat curi duit kerajaan…selamat datang ke dunia Kleptrokrasi…undi PH say no to UMNO/BN

    24

    25
  2. Anonymous says:

    perangsang bankrap….

    10

    0
  3. Anonymous says:

    tipikal..melayu2 bab buat business mcm ni lah. boleh kira dgn jari yg betul2 berjaya. byk yg main duit.

    14

    0
  4. Anonymous says:

    kes 4 tahun lepas….zzz

    1

    5
  5. ngehhhh says:

    budaya main duit ..budaya siapa ye?
    parti yg dok jerit ‘hidop melayu’ tu la…

    12

    12
  6. wekkkkkkk says:

    kalau Finas byr lumpsum terus 8 juta mmg lah mereka x buat kerja. Cuba byr berperingkat mcm projek2 yg di laksanakan. Kalau filem siap 10 persent, so byr 10 percent dulu…

    tapi kalau duit dh dpn mata, tmbh lagi org tu mmg kaki auta..mmg lenyaplah duit tu.

    16

    0
  7. wekkkkkkk says:

    duit kerajaan kn, PTPTN pun duit kerajaan, maka “finas” tolong senaraikn nama mereka2 yg guna 8 juta RM ni, blacklist kan..x boleh ke oversea jugk.

    21

    0
  8. kak wan says:

    8 juta apa sangat…duit rakyat. nanti dpt brim pakat2 senyap. pangkah lagi…3 keterunan.

    13

    14
  9. komarad says:

    kenapa FINAs lantik penerbit yg x pernah ada/buat filem meletup2?…ramai lagi penerbit yg ada pengalaman dan kepakaran…mcm…

    18

    0
  10. Wow says:

    Omg!.. Kenalan sy slh seorang pelakon peransang rentap tu….

    1

    0
  11. Hana says:

    Dah report SPRM belum? Mohon report lah, dah ada report baru peguam boleh bina kes untuk saman balik dapatkan duit yang telah disonglap tuh.

    4

    0
  12. anonymous says:

    duit rakyat…duit aku bayar cukai..depa perabih saja2…aku keje siang malam..kena maki hamun dgn boss…depa kasi perabih..LHDN ko berjawab la sbb menyusahkan rakyat

    10

    1
  13. Kedondong says:

    Dah nama guna johor….memalukan bangsa johor.

    6

    0
  14. papagomol says:

    boleh tahan hebat jg si kembar ni.. tah brp byk duit yg disalah guna, akhirnya filem x laku

    6

    0
  15. ohyeah.. says:

    memang pun bpk kembar ni nama johor….nk buat mcm mana? tapi mereka ni org johor gak. salah seorang bekas ipar jejai……

    5

    0
  16. Anonymous says:

    Nmpk cam bimbos je!

    2

    0
  17. Rania says:

    Dia ni anak tauke primula beach resort Tu Kan. .la patut hidup mewah kehulu kehilir bercuti je walau job nan hadoo 8 Juta Beb. .rasuah apa bg kat funder eh?

    2

    0
  18. Anonymous says:

    geng kroni2 umngok..

    2

    0
  19. Mak Cik Limah says:

    So siapa yang menipu ni…Lina dan Diana ke…Osman Ali ke…atau Hashim Rejab..? Acik tak faham lah. Tolong explain sket.

    2

    0
  20. haihh says:

    dia ni mesti cable kukuh tak boleh tembus peluru..nampk hidup mewah jer..biasa la melayu (tak semua) bila dpt pinjaman untuk projek2..projek belum jalan..kereta mewah dh tunjuk dh..rumah mewah apatah lagi..ermmm…hapy2 la kat donia ni..
    kat sanun sok..jwab lah sendiri..tu pn mulut dh tak boleh jawab dh..

    2

    0

Leave a Comment

Optional