Penjualan Vape Di Melaka Tidak Diharamkan, Sah Disisi Undang-Undang

Trending

Penjualan Vape Di Melaka Tidak Diharamkan, Sah Disisi Undang-Undang

vape 1
MELAKA: Kerajaan negeri mengambil pendirian bahawa aktiviti penjualan peralatan vape dan cecairnya tidak menyalahi undang-undang.

Malah lesen operasi penjualannya akan dikeluarkan kepada peniaga yang terlibat selagi mana kerajaan pusat tidak mengeluarkan sebarang pengharaman produk berkenaan.

Advertisement

Ketetapan itu diambil menerusi satu kajian terhadap penjualan rokok elektronik berkenaan di negeri itu, demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Ismail Othman.

“Terdapat jumlah kecil usahawan muda menceburi bidang perniagaan itu dan kita tidak mahu melemahkan semangat mereka dengan mengenakan larangan.

“Kami akan terus memberi mereka peluang untuk menjana pendapatan tetapi mereka perlu mematuhi sebarang undang-undang baru, termasuk larangan, jika diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan,” katanya pada Sabtu.

“Oleh itu, kita tidak keberatan menghulurkan tangan bagi membantu sehingga undang-undang mengenai produk itu berubah,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...